Sogok jawatan: AMK Perak pula buat laporan polis terhadap Muhyiddin




Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak membuat satu laporan polis ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa cuba menyogok jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.


Menurut kenyataan AMK Perak, laporan yang dibuat oleh Exco AMK Perak, Mohamad Jamean Zulkifli itu meminta polis menyiasat Muhyiddin dalam kadar segera kerana menggunakan kedudukannya secara salah di sisi undang-undnag bagi mendapatkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.


"Laporan polis dibuat berasaskan kenyataan dan surat yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh menerusi akaun Facebook dan Twitter milik beliau pada 14 Oktober 2020.


"Beliau telah memaparkan surat berkenaan yang mengusulkan undi tidak percaya dan pada perenggan ke-7 dinyatakan dengan jelas bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.


"Kami mendapati perkara ini menimbulkan keraguan terhadap integriti seorang pemimpin utama negara. Tindakan ini juga melanggar Perlembagaan dan undang-undang.


"AMK Perak memohon pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin dengan segera," kata kenyataan tersebut.


AMK, dalam kenyataan itu lagi terkilan dengan perbuatan Muhyiddin yang sewenang-wenangnya merundingkan jawatan sedangkan isu utama rakyat seperti penguncupan ekonomi dan perang menghadapi pandemik Covid 19 terabai.


"Kami berasa kesal dengan sikap Muhyiddin yang terus menerus menggunakan kedudukannya merasuah ahli politik demi 'politic survival' ketika seluruh negara berhadapan kesengsaraan ekonomi, ramai yang hilang pekerjaan, tempat tinggal tetapi PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa.


"Kami beranggapan perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan tercemar," kata kenyataan itu lagi.


AMK Perak adalah yang terbaharu membuat laporan polis. AMK seluruh negara diarah membuat laporan agar siasatan dilakukan sebagaimana pihak polis begitu pantas menyiasat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengisytihar memperolehi sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen pada 22 September lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio