Tindakan pihak pembangkang dan warga tidak bertanggungjawab mereka cipta tohmahan sebagai pekerjaan harian kini dijawab oleh Kerajaan Madani secara stesen penyiar RTM akan menerbitkan rancangan 'Biar Betul' bagi menjawab fitnah.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, slot tersebut yang akan mula bersiaran pada 1 Oktober ini akan diisi dengan jawapan kepada fitnah fitnah terbaharu yang tular di media sosial.
"Kita tidak akan kompromi dengan fitnah dan berita palsu
"Mulai 1 Oktober 2023, slot Biar Betul! akan dilancarkan dan disiarkan setiap hari di RTM untuk menangkis fitnah," kata Fahmi dalam catatan di Facebook.
Sebelum ini dalam sidang khas parlimen pada minggu lalu Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail telah mencadangkan agar stesen penyiar negara menerbitkan rancangan menjawab fitnah terancang yang tular di media sosial pada setiap hari.
Comments