top of page

Skuad KEADILAN Malaysia gerakkan sukarelawan bantu mangsa banjir Pahang



Banjir besar yang melanda Pahang sejak seminggu lalu menyebabkan lebih 20,000 mangsa terpaksa dipindahkan dan beribu-ribu keluarga mengalami kerosakan harga benda serta kesukaran membersihkan kediaman masing-masing.


Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Negeri Pahang dengan kerjasama Skuad KEADILAN menghimpunkan tenaga sukarelawan untuk turun ke lapangan memberi bantuan.


Menurut Timbalan Ketua Skuad KEADILAN Malaysia, Mohammad Saiful Mansur, pelbagai bentuk inisiatif berupa bantuan makanan, pakaian, kaunseling, kewangan dan juga gerak kerja kebajikan telah dilaksanakan sejak hari pertama banjir. Misi itu akan selesai, katanya, sehingga mangsa-mangsa bencana banjir semuanya telah dibantu.


"Untuk memenuhi keperluan tenaga sukarelawan tersebut, Skuad KEADILAN Malaysia telah menggerakkan anggota-anggotanya terutama yang berada di negeri Pahang turun ke lapangan dan memberikan sebarang bentuk bantuan yang boleh.


"Ketua Skuad KEADILAN negeri Pahang iaitu saudara Ragavan telah menyingsing lengan sejak hari pertama musibah dengan penuh rasa tanggungjawab bersama rakan-rakan lain dalam misi memberikan bantuan kemanusiaan yang terbaik untuk rakyat Pahang.


"Gandingan gerak kerja Majlis Pimpinan Negeri dan Skuad KEADILAN ini kelihatan amat serasi dalam menangani isu banjir. Pelbagai misi telah dilaksanakan manakala pelbagai inisiatif dan perancangan sedang diusahakan untuk dijayakan," katanya dalam satu kenyataan.


Memandangkan gerak kerja misi bantuan kemanusiaan itu masih memerlukan lebih ramai tenaga sukarelawan, kata Saiful, Skuad KEADILAN Malaysia telah mengarahkan semua anggota-anggotanya dari negeri-negeri lain untuk turut sama membantu.


"Arahan persediaan peralatan, pengetahuan, pengangkutan, mental dan fizikal telah pun dikeluarkan kepada semua anggota untuk turun padang sejurus banjir mulai surut.


"Skuad KEADILAN melalui berberapa siri pengalaman terdahulu sedia maklum bahawa situasi sokongan pasca banjir adalah amat kritikal kepada semua mangsa terbabit.


"Oleh yang sedemikian Skuad KEADILAN Malaysia dan Skuad KEADILAN negeri telah merencanakan program khas pasca banjir dengan tempoh 1 minggu khusus di negeri Pahang. Ini adalah ketika di mana semangat kesukarelawan diuji


"Taburan bakti Skuad KEADILAN ini adalah bukti rakyat Malaysia penyayang dan mengamalkan kerjasama tanpa mengira kaum ibarat perpatah 'Picit peha kiri, peha kanan terasa'. Semoga negara kita Malaysia dilindungi dari musibah dan bencana yang lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page