top of page

SKMM, MIDA berkerjasama tingkat guna teknologi 5G di sektor industri



Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertekad memperkukuhkan lagi daya saing syarikat tempatan, terutamanya industri perkilangan dan perkhidmatan di negara ini melalui penggunaan teknologi 5G.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata, sebagai pemboleh cara kritikal, ketersambungan teknologi 5G untuk keperluan industri memerlukan rangkaian internet berkelajuan tinggi, latensi yang rendah dan boleh dipercayai.


"Sehubungan itu, kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penggunaan teknologi 5G ini, terutamanya di kawasan-kawasan perindustrian.


"Ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, tetapi juga akan menarik lebih banyak syarikat asing dan tempatan yang berteknologi tinggi untuk melabur dan terus melabur di Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara SKMM dan MIDA di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Tengku Zafrul berkata, kerjasama strategik antara kementeriannya dan MIDA adalah selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat ekonomi digital Malaysia untuk menyumbang 25.5% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara menjelang 2025.


Jelasnya, dengan pemeteraian MoU tersebut MIDA dan MCMC akan mengukuhkan kerjasama dalam usaha mempromosi dan mempercepatkan adaptasi serta penggunaan teknologi 5G bagi industri terutamanya sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan di Malaysia.


Jelasnya Ekonomi MADANI menyasarkan agar Malaysia menjadi antara 12 negara paling berdaya saing menjelang 2033 dengan salah satu cara utama mencapai matlamat tersebut adalah melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), khususnya dalam misi Tech Up for a Digitally Vibrant Nation yang menekankan adaptasi teknologi digital untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.


"Kilang-kilang pintar ini dijangka menyumbang hampir RM40 bilion (RM36.8 bilion) kepada KDNK dan mencipta lebih dari 150,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang seperti analisis data, AI, dan IoT industri. Selain itu, kilang pintar ini mendorong inovasi teknologi dalam sektor pembuatan, yang bakal menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat global," katanya.


Menurut beliau, transformasi digital bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan ini perlu berteraskan kemajuan dalam bidang terkini termasuk robotics autonomy, data raya (big data), realiti terimbuh (augmented reality), pengkomputeran awan, internet-of-things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital.


"Bagi penerapan teknologi tersebut oleh sektor industri dan perkhidmatan, teknologi 5G merupakan pembolehcara penting, atau game changer untuk menyediakan tahap kelajuan dan kebolehpercayaan internet lebih tinggi.


"Pendek kata, penggunaan teknologi 5G akan membolehkan industri mengadaptasi sepenuhnya kecerdasan teknologi baru dengan lebih efektif," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page