top of page

SKMM laksana tindakan tegas pihak main isu perkauman, agama, raja



Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membangkitkan isu perkauman ke tahap yang mengganggu ketenteraman awam.


Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata demikian mengingatkan orang ramai untuk tidak memuatnaik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R - Race, Religion, Royality) di mana mana media.


Katanya, hal itu susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian negara.


"Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata kata ucapan atau gambar yang menuduh, merendah rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan


"Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R," katanya dalam kenyataan hari ini


Tambah Salim, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta komunikasi dan Mutimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua duanya sekali


"Tindakan penguatkuasaan bersama pihak polis akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.


"Pentadbir portal portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi permesejan digesa menggunakan kuasa editorial mereka untuk mengurus komen komen daripada netizen di platform mereka


"Juga pihak penyedia platform media sosial ini diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan," katanya lagi.


Salim juga menggesa sesiapa yang terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi agama, Institusi Diraja dan perkauman tersebut agar segera melaporkan kepada SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my; talian aduan 1800-188-030; WhatsApp 0162206262 atau emel ke aduanskmm@mcmc.gov.my.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page