top of page

Skim Perubatan Madani beri manfaat 130,000 pesakit



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 130,000 pesakit mendapat manfaat rawatan kesihatan sejak Skim Perubatan Madani mula diperkenalkan pada Jumaat lalu.


Menteri Kesihatan (KKM), Dr Zaliha Mustafa berkata skim tersebut ini dilihat berjaya mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan.


Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari, selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim itu.


"Kini lebih 1,300 klinik swasta mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel memberikan perkhidmatan kesihatan.


"Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengalu-alukan lebih banyak klinik perubatan swasta di seluruh negara mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani ini.


"Saya juga berharap Yang Berhormat sekalian dapat membantu mempromosi skim ini di kawasan masing-masing, bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati kemudahan kesihatan ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.


Mengulas lanjut, kementerian kesihatan juga menekankan aspek kesihatan mental dengan menyediakan empat institusi mental dan 61 hospital menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental, diketuai pakar perubatan psikiatri di seluruh negara.


Jelasnya, ia berfungsi memberi perkhidmatan, selain diintegrasikan dengan perkhidmatan kesihatan mental pada peringkat primer melalui perkhidmatan di 1,080 klinik kesihatan di seluruh negara.


"Institut kesihatan mental diumumkan merujuk kepada bangunan kekal yang akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang kini beroperasi di Cyberjaya.


"Ia berfungsi sebagai agensi peneraju yang merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan serta program kesihatan mental dalam pelbagai aspek membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page