Skandal1MDB menyulitkan tarik pelabur asing, wajib bahas di Parlimen - Anwar



Keterangan bersumpah bekas pengurus kewangan Goldman Sachs, Tim Leissner yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di New York beberapa hari ini memberi imej buruk kepada pihak berkuasa kewangan Malaysia.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Amwar Ibrahim berkata, perbicaraan salah laku rasuah di peringkat antarabangsa itu dan ketiadaan perubahan meyakinkan di pihak pentadbiran kewangan Malaysia telah menyulitkan usaha menarik pelaburan langsung asing ke negara ini.


"Saya telah bangkitkan keprihatinan kita tentang pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam 1MDB. BNM telah beri jaminan prosedur yang ketat dipatuhi dan apa sahaja keterangan diperolehi mereka disampaikan ke badan penguatkuasa.


"Namun saya percaya kecuaian ini (pemindahan berbilion dana dari Malaysia keluar negara) telah menghakis keyakinan dan tuduhan dilemparkan ini memberi imej yang buruk kepada negara dan rakyat.


"Kita perlu BNM yang mengekalkan integriti yang kukuh. Tetapi keterangan Leissner di AS menunjukkan suatu muslihat jaringan penipuan, jenayah, seks yang menyebabkan skandal 1MDB itu berterusan bertahun tahun," katanya.


Menurut Anwar, keterangan Leissner itu juga menunjukan bahawa Goldman Sachs turut terlibat dalam beberapa pelakuan yang mengejutkan walaupun selama ini kerajaan Malaysia menyatakan mereka telah menyelesaikan isu korupsi itu dengan ganti rugi dari firma kewangan antarabangsa tersebut sejak 2020.


Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, isu 1MDB yang beliau lontarkan pada 2010 setelah 12 tahun masih menghantuhi negara dan memberikan dampak ekonomi yang amat buruk


Oleh itu, katanya, tidak banyak jalan boleh diambil Malaysia selain membersihkan skandal berkenaan dengan membahaskannya di parlimen dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap para perasuah yang berada di negara ini.


"Badan penguatkuasa keseluruhannya perlu mempunyai tekad yang lebih tegas dan membawa yang bersalah kepada proses hukum. Tidak boleh ambil tindakan dalam kes kecil atau sederhana sahaja.


"Sekarang dunia tak baca isu lain melainkan skandal rasuah yang jelek dalam negara kita.


"Kita perlu ada pimpinan berwibawa menentang rasuah. Kelompok kaya ini ada kekuatan pengaruhi media, tokoh politik agar lunak terhadap mereka.


"Sebab itu minggu hadapan saya akan mendesak Speaker untuk memberi ruang kepada Ahli Parlimen bahas kes 1MDB, juga yang terkait SPRM dan polis," katanyanya.


Tambah Anwar, skandal 1MDB tersebut telah terlalu lama membelit sistem kewangan negara.


Sejak itu, katanya pelbagai tindakan jahat telah dilakukan terhadapnya untuk menghalang pendedahan lanjut namun hari ini terbukti skandal tersebut semakin memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER