top of page

Skandal LCS: Mungkinkah Najib terlibat menukar reka bentuk kapal?



Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) semakin menarik apabila ada dokumen yang didakwa mengaitkan syarikat DCNS dari Perancis yang terlibat dalam kontrak berkenaan.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kemungkinan penukaran reka bentuk kapal dari Sigma yang diminta oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Gowind ketika ini menentukan kos dan kepada pihak mana kontrak membina kapal tersebut diberikan.


"TLDM memilih Sigma demi keperluan dan kehendak pertahanan negara kerana kelas Sigma dinilai sebagai lebih baik dan lebih moden berbanding kelas Gowind. Apabila Zahid Hamidi menukar reka bentuk kepada kelas Gowind, ini bermakna keupayaan pertahanan laut tidak akan menepati kehendak dan perancangan TLDM.


"Lebih penting lagi, reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan sub-kontraktor yang berbeza. Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda berbanding reka bentuk Gowind yang melibatkan kepakaran dari Perancis.

Dari sinilah kita dapat menyelami punca sebenar berlakunya skandal ini," katanya dalam satu kenyataan.


Dakwa Rafizi, terdapat pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis dipilih untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS tersebut walaupun keputusan TLDM adalah untuk kapal kelas Sigma.


"Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing lagi dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene," katanya.


Tambah beliau, sejarah DCNS dan amalan korupnya yang merasuah individu-individu semasa rundingan kontrak pertahanan diketahui umum dan telah menjadi kes mahkamah di Perancis setelah pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat DCNS & Thales.


Rafizi yakin pegawai-pegawai di BHIC/BNS, syarikat yang membina kapal peronda tersebut adalah “ikan bilis” yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan strategik pertahanan negara dengan menukar reka bentuk kapal perang dari yang diputuskan oleh TLDM kepada yang ditolak TLDM.


Katanya, melihatkan kepada keputusan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pada ketika itu yang menukar keputusannya dari memilih Sigma kepada Gowind juga membayangkan ada campur tangan pihak yang lebih atas daripada Menteri Pertahanan


Justeru, Rafizi mendakwa mungkin hirarki yang lebih tinggi terlibat dalam skandal berkenaan tetapi masih belum didedahkan.


"Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini.


"Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS melalui pembelian kapal Scorpene ialah Najib Razak," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa Najib mempunyai hubungan baik dengan DCNS dan beliau pula lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri pada ketika urusan kontrak tersebut dibuat.


"Beliau lebih berkuasa daripada Menteri Pertahanan untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.


"Beliau juga mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS dan dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales untuk projek-projek besar negara. Selain daripada projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent (sebuah syarikat pembuat paip yang tidak ada pengalaman membina LRT).


"Saya menunggu bagaimana Najib Razak akan menjawab persoalan-persoalan ini," katanya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page