Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menuntut Kerajaan Negeri dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) memberi penjelasan mengenai dokumen yang tular mengenai kelulusan yang diberi kepada pembinaan 3 Loji Rawatan Air (LRA) yang tidak mengikut peraturan.
Anggota Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohd Afiq Asyraf Mohd Nazi yang mendedahkan isu tersebut beberapa hari lalu di media sosial mahu bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi penjelasan mengapa projek LRA mini di negeri itu dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan.
Dakwanya, surat berkaitan pembinaan projek itu yang sebagaimana tersebar tertera arahan kelulusan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air serta permohonan kelulusan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
"Projek LRA Mini Ketereh telah dijalankan meskipun tidak dipohon kelulusan, paksa rela SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) perlu meluluskan secara bersyarat
"Manakala dua projek LRA mini iaitu di Meranti Baru dan Teluk Mesira telah diluluskan selepas satu surat yang dihantar oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor kepada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertarikh 17 Julai 2022 yang meminta kelulusan untuk kedua-dua projek LRA mini tersebut.
"Benda ini amat salah bagi saya kerana tidak mengikut prosedur yang sebenarnya. Jadi saya minta penjelasan dari AKSB dan Tuan Ibrahim sama ada benda ini (kelulusan tular) betul atau tidak," katanya dipetik Buletin TV3.
Sementara itu, Ketua AMK Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi turut menyuarakan hal yang sama.
Beliau mahu pihak terbabit memberi penjelasan terperinci mengapa tindakan berkenaan dilakukan meskipun tidak mendapat kebenaran SPAN.
"Secara ringkas saya dapati ada tiga projek yang direct nego sedangkan mereka boleh berbincang dan buka open tender jadi bila direct nego merugikan dana kerajaan kalau open nego kemungkinan menjimatkan dana kerajaan negeri lah dalam keadaan kita yang mengalami masalah air sekarang.
"Ia lari dari prinsip yang kita tahu hari ini tegas dalam rasuah dan lain-lain ini membuktikan Kerajaan Negeri tidak telus dalam memberi projek," katanya lagi.
Commenti