Sivarasa anggap pendakwaan kakitangannya salahguna kuasa SPRM



Dua kakitangan pusat khidmat Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan di bawah seksyen 16(A) Akta SPRM 2009, hari ini.


Namun bagi Sivarasa beliau tetap mendakwa hal itu merupakan satu salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kes kakitangannya telah dipendam selama 4 tahun dan sepatutnya telah dibuang.


"Serupa saya sebut semalam, saya anggap pendakwaan ini sebagai penyalahguna kuasa. Kes ini telah disiasat hampir empat setengah tahun lalu pada September 2017, dan patut ditutup sebab tiada apa-apa tindakan mendakwa diambil oleh SPRM selepas siasatan untuk tempoh itu.


"Kes ini hanya dihidupkan selepas saya bangkitkan isu pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM bulan lepas di Parlimen," katanya.


Sivarasa mengiringi stafnya, Naveen K Rasiah yang juga anak saudaranya dan mantan staff, Nico Kam, pagi tadi.


Mahkamah membebaskan kedua mereka dengan dengan ikat jamin RM10,000.


Menurut Sivarasa, Naveen dan Nico akan mengemukakan pembelaan mereka dengan tegas di Mahkamah kerana kedua duanya tidak bersalah.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER