Sistem pengesan digital produk tembakau, mengapa bukan lalui tender terbuka?
- Suara Keadilan

- Aug 4, 2022
- 1 min read

Spekulasi wujud beberapa syarikat mencuba memasukkan cadangan membina sistem pengesan digital produk tembakau bersesuaian dengan penguatkuasaan akta larangan penjualan produk tembakau yang bakal diluluskan Parlimen menimbulkan tanda tanya.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, laporan The Star semalam menimbulkan kekhuatiran apakah terdapat syarikat yang akan diberi kontrak secara runding terus untuk membangunkan sistem tersebut.
"Semalam The Star lapor sumber mendakwa ada pihak bawa proposal digital tracking system, yang dikhabarkan boleh atau akan diguna bila larangan produk tembakau dll berkuatkuasa.
"Tambahan, sumber dakwa projek akan diberi secara rundingan terus (kepada syarikat terpilih) tanpa tender terbuka.
"Pohon penjelasan penuh dan segera dari Kementerian Kesihatan Malaysia. This is a serious accusation. Adakah dakwaan ini benar? Siapa yang terlibat?" tanyanya.

Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu juga tertanya tanya mengenai kos membangunkan sistem, apakah tujuannya dan pihak mana yang akan menanggungnya.
"Berapakah kos yang dimaksudkan? Bayaran one-off atau setiap tahun bagi sejumlah tahun?
"Kenapa perlu sistem ini?
"Oleh kerana sebarang implikasi kewangan melibatkan wang ringgit rakyat perlu diluluskan Parlimen Malaysia, penjelasan penuh wajib diberi," katanya lagi.
Semalam StarBiz melaporkan 2 syarikat telah mengemukakan cadangan untuk membina sistem yang boleh menjejaki produk rokok dari kilang sehingga ke pengguna akhir.
Sistem yang dinamakan Tobacco Track and Trace (TTT) itu akan mengenapasti pengedaran produk tembakau sehingga rekod pengguna yang membeli rokok.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga boleh memantau pengedaran produk tembakau dengan kaedah terbaharu itu. Sistem berkenaan dijangka mengambil masa 13 bulan untuk beroperasi secara penuh.




Comments