top of page

Sistem pendidikan membebankan: Aktivis cadang KPM kaji penambahbaikan



Oleh: Abdullah Zaid


Baru-baru ini tular satu kenyataan daripada penyanyi muda tempatan yang menyifatkan pendidikan sekolah sesuatu yang membuang masa.


Namun, bagi aktivis politik Yuslaini Azmi, kenyataan pempengaruh tersebut perlu diperhalusi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari segi penambahbaikan agar proses pembelajaran dimasukkan unsur unsur yang lebih menarik minat pelajar.


"Dari aspek kajian jurnal oleh para penyelidik juga didapati faktor banyak subjek diambil di sekolah dan pelajar tiada pilihan menyebabkan mereka tidak minat untuk belajar.


"Malah faktor ekonomi dan sosial juga menyumbang kepada mengapa anak muda hari ini tidak berminat untuk menyambung pelajaran," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas, Yuslaini yang juga pelajar Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), golongan guru atau pensyarah turut mempunyai bebanan tambahan dalam mengendali tanda aras KPM.


"Apa yang perlu dilakukan supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih santai dan menarik bagi kedua-dua belah pihak," katanya.


Oleh itu, beliau berpandangan KPM perlu menyelesaikan masalah sistemik berkenaan pendidikan menggunakan pendekatan “bottom to top approach” dan bukannya “top to bottom approach”.


"Sudah banyak kajian dilakukan namun pihak KPM tidak pernah menggunakan sumber rujukan yang ada untuk merombak sistem pendidikan yang bermasalah.


"Seringkali apabila bertukar Menteri segala dasar akan dirombak dan berlaku pertindanan dengan Menteri sebelumnya sehingga gagal menyelesaikan masalah utama sistem pendidikan," katanya.


Justeru, Yuslaini berharap Menteri Pendidikan hari ini mengambil tanggungjawab sebaiknya dengan menyelesaikan masalah akar umbi sistem pendidikan negara.


"Jika benar kerajaan hari ini menekankan pendidikan seharusnya perlu lebih jelas dalam melaksanakan 7 teras pendidikan yang diperkenalkan, namun sehingga sekarang selepas setahun menerajui dasar baharu, guru dan ibu-bapa masih kurang jelas hala tuju dan keberhasilannya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page