top of page

Sistem kuota Bumiputera: Keseimbangan keseluruhan perlu diutamakan



Kontroversi jawapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kuota Bumiputera dalam sistem pendidikan negara yang ditanyakan oleh seorang pelajar remaja di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang baru baru ini tidak wajar diperdebatkan sehingga menjadi isu besar.


Bagi calon DUN Sentosa, Dr Gunaraj George, jawapan PM tersebut perlu dilihat dari perspektif yang luas, juga Kerajaan Perpaduan yang mewakili pelbagai kaum dan geografi di Malaysia. Terutamanya, sesetengah Bumiputera yang amat ketinggalan dari Sabah dan Sarawak yang amat memerlukan sistem kuota.


"Jawapan Datuk Seri Anwar terhadap soalan pelajar mengenai sistem kuota Bumiputera mungkin tiba-tiba, malah mengecewakan sesetengah pihak, tetapi perlu diingat bahawa interaksi awam seperti ini bukan hanya satu dimensi. Sebagai wakil kerajaan campuran, Anwar diletakkan dalam situasi di mana tindak balasnya boleh ditafsir dalam pelbagai cara.


"Dalam kedudukannya, tugas utama beliau adalah menjadi suara kerajaan dan gabungan lebih luas yang diwakilinya, di mana keputusan dibuat secara kolektif dan bukan hanya oleh seorang individu. Komen yang dibuatnya menunjukkan pendirian kerajaan dalam perkara itu," kata beliau dalam satu kenyataan.


Untuk berlaku jujur, kata Dr Gunaraj lagi, sistem kuota Bumiputera telah menjadi topik yang penuh emosi dan sensitif di Malaysia selama bertahun-tahun. Sistem itu, katanya, dilihat oleh sesetengah pihak mengurangkan keseimbangan peluang secara tidak sekata kepada kaum tertentu, dan menjadi punca tercetus rasa tidak puas hati dalam kalangan pelbagai komuniti, termasuk kaum India.


"Saya mengakui luahan yang telah didedahkan dan sentimen bahawa cara Anwar menangani situasi itu mungkin lebih berunsur diplomatik. Walau bagaimanapun, saya juga melihat kepentingan mengekalkan kestabilan dan perpaduan dalam negara kita yang pelbagai.


"Saya percaya insiden ini berfungsi sebagai peringatan bahawa kita, sebagai pemimpin politik, mesti berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk wacana awam.


"Kita perlu menggalakkan dialog yang penuh hormat, diakui, dan ditangani tanpa rasa takut diambil tindakan. Interaksi sebegini seharusnya menjadi peluang untuk mendidik dan memberi pencerahan.


"Melangkah ke hadapan, adalah penting bagi Kerajaan Perpaduan dan PM Anwar Ibrahim meyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa suara mereka penting dan kebimbangan mereka tidak akan diketepikan," katanya.


Walau apa pun, tegas Dr Gunaraj, matlamat bersama rakyat Malaysia ialah membina negara bertamadun yang mana setiap suara, muda atau tua, Bumiputera atau bukan Bumiputera, didengari dan dihormati, dan di mana peluang suatu hari nanti boleh diakses oleh semua tanpa menjejaskan hak mana-mana komuniti tertentu.


"Matlamat sebegini adalah satu perjalanan, bukan destinasi, dan ia memerlukan usaha dan komitmen berterusan semua rakyat Malaysia," katanya.


Beliau juga berpesan, penting untuk semua kaum mengiktiraf kepentingan penyertaan aktif dalam pilihanraya dengan keluar mengundi menyokong Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kesejahteraan dan kepentingan semua masyarakat untuk membina sebuah negara yang harmoni dan makmur untuk generasi akan datang.





1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page