Sistem baharu bayar tambang bas, keretapi perlu penjelasan Menteri Kewangan - Anwar



Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz perlu memberi penjelasan menyeluruh berkenaan Transit Acquirer Sdn Bhd (TASB) yang ingin membangunkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) untuk sistem tambang keretapi dan bas di seluruh Lembah Klang.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim projek berkenaan yang bermula sejak 2015 namun sehingga kini masih belum digunakan perlu disemak semula untuk ketelusan.


"Projek ini telah membelanjakan ratusan juta dari tahun 2015 sehingga tahun 2018 dan beroperasi pada tahun 2019. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang sistem yang dibangun telah digunapakai. Ternyata ini suatu pembaziran dana rakyat dan kerugian besar kepada negara.


"Saya dimaklumkan awal tahun ini Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOFI) mahu memulakan semula projek ini dan telah mengeluarkan satu tender untuk mengenyahkan 70% pemilikan di dalam TASB yang dianggarkan bernilai RM400 juta ringgit," katanya.


Bagaimanapun tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, terdapat banyak kekeliruan berhubung projek, nilai syarikat dan pengoperasian yang perlu dijawab segera oleh Menteri Kewangan.


"Berdasarkan dokumen tender, TASB dikatakan bernilai RM400 juta. Atas dasar apa (nilai ditentukan)?


"Kenapa perlu dilupuskan pemilikan TASB yang mampu menjadi aset strategik negara? Kerajaan sepatutnya memilik dan menguruskannya.


"Kenapa jual 70% pemilikan TASB? Siapa yang menentukan sebanyak 70%? Kenapa tidak 0% atau 100% dari TASB?


"Kenapa MOF memberikan konsesi kepada TASB selama 20 tahun?" tanya Anwar.


Di samping itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, timbul persoalan mengapa setiap operator transit perlu membayar kepada TASB bilamana setiap operator itu telah mempunyai vendor yang melaksanakan platform pembayaran terbuka dalam mendukung agenda nasional.


Anwar juga mempersoalkan terma dalam dokumen-dokumen tender sebagaimana dinyatakan bahawa pembida yang berjaya akan ditentukan oleh MOFI tanpa sebarang alasan, dan ianya tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara MOFI. Hal itu, katanya, jelas satu peluang dan alasan untuk salahguna kuasa dan rasuah.


"Justeru, adalah jelas bahawa TASB tidak sepatutnya dijual sehingga kerugian yang berlaku sebelumnya disiasat dan dipertanggungjawabkan.


"MOFI tidak sepatutnya cuba untuk menutup kerugian dengan menjual syarikat tersebut yang diarahkan kerajaan di bawah Exclusive Rights Agreement (ERA) dan akan ditandatangani dengan konsesi selama 20 tahun.


"Operator-operator transit harus membayar kepada TASB tatkala mereka telahpun melaksanakan sistem tersebut.


"Saya tuntut penjelasan terperinci dari Menteri Kewangan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER