top of page

Simbah cat merah banner Ketua Cabang, henti perbuatan khianat



Oleh: Abdullah Zaid


Perbuatan menyimbah cat merah pada banner pemimpin seharusnya tidak wajar berlaku di era pentadbiran Kerajaan Madani.


Menyifatkan hal itu sebagai tidak bertamadun, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng (gambar atas, dua dari kanan) memaklumkan perbuatan khianat tersebut disedari beliau sejak pagi semalam.


"Insiden ini memang ditujukan kepada saya. Dalam masa dua minggu sudah dua kali (simbah cat) ini berlaku.


"Jadi saya telah membuat dua laporan polis dan memberi keterangan di balai Polis Setapak untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Justeru, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu mengingatkan pihak yang melakukan perbuatan sabotaj tersebut tidak mengulangi perbuatan khianat memandangkan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat mementingkan nilai harmoni dan tolenrasi sesama masyarakat.


"Saya seru sesiapa yang melakukan perbuatan khianat untuk tidak mengulanginya kerana ini bukan masanya untuk kita membuat khianat.


"Tambah pula Perdana Menteri sendiri menekankan perpaduan dan keharmonian sesama kita. Jadi hentikanlah dan jangan main isu ini lagi," katanya.

Mohammad Azfar Aza Azhar

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Mohammad Azfar Aza Azhar pula menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak patut berlaku pada ketika ini.


Katanya, pihak yang tidak bertanggungjwab tersebut seharusnya sedar sikap terpuji dan bertoleransi amat ditekankan dalam pentadbiran Kerajaan Madani.


"Kita berada di Era MADANI, di mana nilai akhlak baik dan menghormati sesama masyarakat itu sangat digalakkan.


"Oleh itu, sekiranya masih ada lagi perbuatan tidak berakhlak ini berlaku, bererti orang itu tidak ada kerja dan banyak duit untuk (menyimbah) cat pada muka orang," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page