top of page

Simbah asid ke atlet: AMK Pulau Pinang kecam perbuatan khianat



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMK) mengecam tindakan khianat yang menyimbah asid ke atas pemain bola sepak negara Faisal Abdul Halim.


Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan (gambar) berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak sepatutnya berlaku terhadap mana-mana individu terutama atlet yang berjasa mengharumkan negara.


"Faisal Halim merupakan anak jati kelahiran Pulau Pinang yang telah banyak menempa nama dan berbakti kepada masyarakat melalui penglibatan secara profesional sebagai pemain bola sepak.


"Beliau juga telah menubuhkan iaitu Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim yang telah banyak mencungkil bakat pemain bola sepak di pelbagai peringkat terutamanya anak-anak muda di kawasan pinggir bandar," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas kenyataan itu, insiden khianat sebelum ini telah berlaku melibatkan pemain bola sepak negara iaitu saudara Akhyar Rashid yang telah disamun oleh orang tidak dikenali sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.


"Kami berharap siasatan terperinci segera dijalankan oleh pihak berkuasa dan hukuman berat kepada mereka yang bersalah perlu dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada kita semua.


"Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang berharap insiden ini tiada kaitan dengan penyokong yang terlalu fanatik sehingga sanggup bertindak diluar kawalan," ujarnya lagi.


Semalam, Faisal disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya berikutan disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara, kelmarin.


Berdasarkan rekod portal kesihatan, tahap empat membabitkan lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga membabitkan otot dan tulang.


Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page