Dialog bersama DBKL, Flat Sri Pulau Pinang dinaiktaraf - Ronald Pua



Flat Sri Pulau Pinang dan Rumah Panjang Jalan Ikan Emas, Cheras bakal dinaiktaraf hasil dialog penduduk dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anjuran KEADILAN di bawah Ketua Ranting Len Sen, Ronald Pua (gambar, tengah), baru-baru ini.


Menurut Ronald, infrastruktur flat berkenaan agak usang kerana bangunan itu telah berusia 50 tahun dan akan mendapat pembaikan secepat mungkin.


"Antara isu yang dihadapi penduduk Flat Sri Pulau Pinang adalah sistem perparitan sekitar kawasan perniagaan yang tersumbat dan menyebabkan kerap banjir kilat.


"Di samping itu, ada aduan berkenaan isu paip siling bocor dan lantai koridor ruang kedai yang telah pecah juga mendatangkan masalah kepada warga tua," katanya.


Beliau dalam sesi lawatan, turut berkunjung ke rumah Panjang Ikan Emas untuk meninjau isu paip bawah tanah. Sebelum ini, katanya, hasil aduan yang dibuat kerja-kerja pertukaran bumbung dijalankan oleh pasukan penyelenggaraan DBKL. Sebanyak 12 rumah, bakal mendapat atap baharu sebelum Tahun Baru 2021.

Ketua Ranting Len Sen, Ronald Pua

Menurut Ronald lagi, beliau percaya reformasi pentadbiran yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan lalu telah berjaya membuka laluan kepada kerja-kerja naik taraf di kawasan tersebut.


Dalam perkembangan lain, dialog penduduk dan DBKL yang diadakan baru-baru ini mengenai masalah di flat tersebut juga mendapat hasil yang positif.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai yang menghadiri dialog itu berpuas hati dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh DBKL.


“Saya percaya DBKL sebuah badan yang profesional dan saya berterima kasih kepada Jabatan Perumahan kerana begitu proaktif dalam isu di sini.


"Yang saya kesal adalah mereka-mereka individu berpengaruh langsung tidak pernah mengambil berat kesusahan rakyat di PPR Sri Pulau Pinang. Mungkin kerana itu DBKL tidak mendapat gambaran sebenar masalah di akar umbi


"Mereka tidak pernah turun padang memahami masalah setempat. Keluhan daripada penduduk cukup pedih, apabila melihat keadaan tempat tinggat di PPR,” katanya.


Untuk rekod, KEADILAN Ranting Len Sen mengambil inisiatif untuk menolong penduduk di situ apabila mendengar keluhan mereka beberapa bulan lalu.


Bermula dengan aduan longkang yang telah siap dibaiki pada bulan November, Roland kemudian mengaturkan satu dialog antara penduduk tempatan dan pegawai kanan Jabatan Perumahan DBKL pada 21 Disember 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER