top of page

Sikap buruk pemimpin kerajaan Terengganu hambat kelancaran peruntukan



Pemimpin kerajaan Pas Terengganu perlu bermuhasabah sekiranya mahu peruntukan pembangunan ke negeri itu berjalan lancar.


Sikap sombong yang mereka tunjukkan dengan tidak menyambut kunjungan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu pada minggu lalu seharusnya tidak berulang untuk memperbaiki hubungan negeri dan pusat.


Bagi pemimpin KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap biadap pemimpin Kerajaan Negeri sebaliknya hanya akan melengahkan penyaluran peruntukan dan menyukarkan rakyat negeri itu.


"Macam mana nak lancar peruntukan dengan sikap biadap mereka. Mereka telah menunjukan sikap biadap terlebih dahulu dengan bukan sahaja tidak menghormati dan menyambut PM, tetapi lebih awal daripada itu pemimpin dia (Pas) pun telah memfitnah PM dengan isu liwat, ambil gaji (lumayan sebagai penasihat ekonomi) Selangor hingga PM terpaksa gunakan saman mahkamah untuk menghentikan fitnah keterlaluan.


"Macam mana nak membina hubungan harmoni kerjaaan Pas Terengganu dan Persekutuan," katanya.


Menurut Azan lagi, pemimpin Kerajaan Negeri sebaliknya perlu lebih matang dan profesional dalam hubungan dua hala antara kerajaan dan kerajaan untuk melincirkan urusan antara negeri dan Persekutuan.


Tanpa sikap yang baik, katanya, permohonan projek pembangunan akan sukar untuk disampaikan kepada Persekutuan apatah lagi projek yang memerlukan pertimbangan PM.


"Saya (dalam hal ini) nampak kerajaan pimpinan Pas tidak matang dan tidak tahu jaga keharmonian hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan mereka lemparkan fitnah dan juga menggambarkan suasana tidak elok," katanya lagi.



0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page