top of page

Sijil halal: Perlu sesi libat urus, penerangan, elak salah faham



Isu cadangan restoran bukan muslim dikenakan persijilan sijil halal tidak akan begitu hangat sekiranya diterangkan dengan betul kepada rakyat, khususnya golongan peniaga.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan perkara tersebut dengan cara yang terbaik bagi mengelakkan keraguan dan kritikan.


"Tujuan cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama adalah baik. Tetapi cara pengumuman yang mengejut dan terburu-buru itu adalah salah dan tidak profesional.


"Cara yang betul ialah Dr Mohd Naim selaku Menteri Hal Ehwal Agama perlu mengarahkan satu kajian yang lengkap tentang cadangan mengenakan dasar pensijilan halal yang mandatori di kalangan restoran bukan Islam.


"Bawa kertas cadangan kepada mesyuarat Kabinet. Maka biar semua Menteri dalam Kabinet yang Islam dan bukan Islam berbincang dengan akal yang sihat, rasional serta tidak ikut sentimen," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hassan Abdul Karim

Tegas beliau, sekiranya Kabinet bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Menteri Agama itu maka bolehlah dilibatkan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang untuk disemak.


Kemudian, katanya, Menteri Hal Ehwal Agama boleh mengadakan satu sesi libat urus dengan pertubuhan-pertubuhan agama sama ada Islam atau bukan Islam, termasuk persatuan peniaga-peniaga restoran bukan muslim sebagai pihak berkepentingan.


"Jika isu undang-undang beres dan semua pihak yang terlibat faham tujuan peraturan baru itu, maka bawa semula ke Kabinet supaya digubal satu rang undang-undang berkenaan hal pensijilan halal yang mandatori.


"Apabila semua okey, di mana Rang Undang-Undang telah siap, saya percaya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak ada bantahan lagi setelah mendapat penjelasan dan taklimat yang sempurna dalam menjelaskan tujuan baik dan berfaedah dari Menteri Hal Ehwal Agama," kata Hassan.


Menurut Hassan, sekiranya hal itu dilakukan dengan baik maka negara akan terselamat daripada perpecahan dalam kalangan rakyat berhubung soal makanan halal atau tidak.


Hal itu juga, katanya, boleh mengelakkan seorang Ahli Parlimen yang membangkitkan isu rakyat disiasat polis di bawah perkara raja, kaum dan agama (3R).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page