top of page

Sidang Meja Bulat Asia Pasifik: Malaysia kekal negara berkecuali aktif - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar berdialog dalam sesi Sidang Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38. Foto: FB Anwar
DS Anwar berdialog dalam sesi Sidang Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38. Foto: FB Anwar

Malaysia yang sejak enam dekad lalu dikenali sebagai negara berkecuali akan kekal dengan status itu di peringkat antarabangsa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam muat naik di Facebooknya usai menghadiri Sidang Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), hari ini.


Katanya, dunia yang diambang perubahan dengan ketegangan antara kuasa kuasa besar, krisis kemanusiaan, dan cabaran iklim serta teknologi global menuntut kepimpinan berani dan berprinsip Malaysia.


"Malaysia tidak akan menjadi pemerhati pasif, sebaliknya memilih untuk menjadi agen perubahan demi masa depan yang adil, aman dan lestari.


"Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia tampil dengan pendekatan progresif yang memperkukuh prinsip ASEAN menerusi integrasi ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, dan perdagangan terbuka sebagai asas keselamatan serantau," katanya.


Selain itu, menurut Anwar, negara akan berperanan lebih aktif terutama dalam isu isu serantau dan global terutama yang membabitkan negara dunia ketiga berhadapan negara adikuasa dunia.


"Malaysia kekal berpegang kepada prinsip "active non-alignment" sebagai strategi berdaulat yang menjamin maruah dan fleksibiliti.


"Kita bekerjasama dengan semua termasuk Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah, India dan negara-negara Selatan Global atas dasar saling hormat dan kepentingan bersama. Dunia stabil tidak boleh dibina atas paksaan unilateral," katanya.


Manakala kata beliau, krisis di Gaza dan Myanmar menuntut tindakan kolektif semua pihak. Malaysia katanya, komited kepada proses damai di Myanmar dan tegas menuntut gencatan senjata serta akses bantuan ke Gaza, Palestin.


Oleh itu, bersesuaian dengan konsep Malaysia MADANI, negara akan terus menyuarakan kebenaran dengan prinsip, hikmah dan keberanian demi dunia yang lebih adil, bermaruah dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page