top of page

Sidang media Ismail Sabri tunjukkan sokongan PN kurang 110?


Sidang media yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertujuan menunjukkan kekuatan Umno yang menyokong Perdana Menteri (PM) Mahaiddin Yassin tengah hari tadi, lebih banyak mengelirukan rakyat berbanding menenangkan keadaan.


Jelas warga maya agak keliru dengan cubaan menunjuk sokongan itu dengan menghadirkan 21 Ahli Parlimen Umno dan 10 yang lain tidak hadir.


Terbit perbahasan dan persoalan di media sosial apabila ada nama yang dikatakan Ismail menyokong kem beliau bertindih dengan kem Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim.


Persoalan juga timbul berkenaan nama 10 orang yang tidak hadir dalam sidang media berkenaan, sama ada mereka benar-benar menyokong Mahiaddin atau pun Zahid.


Bagaimanapun, jumlah besar yang menyokong kem Ismail dikatakan sebanyak 31 orang, sedangkan jumlah Ahli Parlimen Umno sebanyak 38 orang.


Bermakna terdapat 7 orang Ahli Parlimen parti itu yang tidak bersama Mahiaddin dan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) hanya mendapat 108 sokongan daripada 220 keseluruhan Ahli Parlimen, berbanding 115 yang didakwa dimiliki mereka sebelum ini.


Malah warga maya juga mendakwa jumlah 31 Ahli Parlimen itu mungkin dikira bersekali bersama Ahli Parlimen BN.


Andai berlaku demikian, dalam hitungan mudah sokongan kepada PN ialah: Bersatu 31, Pas 18, GPS 18, BN (UMNO+MCA+MIC) 31, Bebas 4, PBRS 1, PBS 1, STAR 1 bersamaan 105.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page