Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkemas agenda pembangunan subrantau
- Suara Keadilan

- May 27
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Sidang Kemuncak ASEAN yang memasuki hari kedua hari ini bakal menyaksikan tumpuan utama terarah kepada pengukuhan kerjasama ASEAN bersama rakan strategik melalui penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 serta Sidang Kemuncak Trilateral ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri (PM), Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, kedua-dua sidang itu akan membincangkan langkah konkrit untuk memperluaskan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan selaras dengan aspirasi ASEAN untuk memainkan peranan lebih besar dalam landskap geoekonomi Indo-Pasifik.
"Selain itu, dua lagi sidang penting turut berlangsung hari ini iaitu Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-16 dan Sidang Kemuncak IMT-GT ke-16 yang melibatkan Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina serta Thailand.
"Sidang berkenaan akan memperkemaskan agenda pembangunan subrantau dan mengukuhkan keterhubungan rentas sempadan negara yang terlibat," katanya menerusi taklimat harian sidang itu yang disiarkan di Facebook rasmi Anwar Ibrahim.
Menurut Tunku Nashrul lagi, sidang hari ini merupakan lanjutan kepada momentum positif yang yang telahdicapai semalam dan dijangka memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam mengetuai agenda kerjasama strategik ASEAN bersama rakan serantau dan global.









Comments