top of page

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China kejayaan pertahan sistem multilateralisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

PM berucap pada sesi Plenary Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini. Foto: FB Anwar
PM berucap pada sesi Plenary Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini. Foto: FB Anwar

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak Tiga Hala ASEAN-GCC-China yang pertama di Kuala Lumpur mencerminkan kepercayaan yang membolehkan pertubuhan Asia Tenggara itu memperdalam perkongsian serta bertindak dengan langkah strategik yang lebih jelas, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata persidangan tersebut melambangkan perpaduan blok serantau yang pastinya memberikan kesan positif kepada dunia secara keseluruhan.


"Saya percaya bahawa sidang kemuncak tiga hala ini adalah manifestasi kejayaan dalam menyusun semula jalinan perkongsian yang mencerminkan realiti dunia multipolar masa kini.


"Yang paling utama, kita mesti mempertahankan sistem multilateralisme dan memastikan model geo-ekonomi ASEAN-GCC-China terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan, demi rantau dan rakyat kita," katanya ketika berucap pada sesi pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.


Ketua Negara dan Kerajaan yang hadir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.


Turut hadir Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusmão selaku Pemerhati dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.


Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas mengetuainya pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.


Malaysia yang menjadi pengerusi tahun ini mengangkat tema “Keterangkuman dan Kemampanan.”


Anwar menekankan bahawa tema tersebut bukan sahaja mencerminkan aspirasi ASEAN malah ia menjadi tanggungjawab anggota pertubuhan serantau itu.


"Ia berteraskan keyakinan bahawa masa depan ASEAN perlu dibina atas dua tunggak utama – pertumbuhan yang saksama dan mampan serta daya tahan yang berterusan.


"Prinsip-prinsip ini perlu tersemat di jantung agenda dan wawasan ASEAN. Malaysia amat menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan bahawa Pengerusian kita dapat menjayakan visi bersama ini," kata beliau.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page