top of page

Sidang beberapa jam: Muhyiddin nodai kedaulatan Parlimen - Yusmadi


Sidang Parlimen yang hanya beberapa jam tempohnya untuk mendengar titah ucapan Yang DiPertuan Agong esok dianggap menodai kedaulatan institusi penggubal undang-undang itu. Senator Dewan Negara, Yusmadi Yusoff berpendapat, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyididn Yasin selaku Ketua Majlis Mesyuarat merosakkan institusi Parlimen yang sepatutnya berjalan dengan fungsi-fungsi sepenuhnya. "Hari ini kita lihat keputusan PM (terbalik). Segala keputusan yang dibuat sebelum ini, bersidang seperti biasa kemudian apabila Covid 19 berlaku dipendekkan ke tarikh munasabah kini dipendekkan sehingga tiada langsung soal jawab atau pun urusan-urusan selain titah Yang Dipertuan Agong, saya rasa perkara tersebut boleh terjumlah kepada menodai kedaulatan parlimen. "Kedaulatan parlimen tercemar kerana kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang adalah kuasa Agong. Tetapi kuasa (memanggil sidang) dibuat berdasarkan nasihat PM. "Sekiranya nasihat yang diberikan menyebabkan parlimen tidak mampu bersidang secara biasa, mengambil kira halangan Covid, ianya mencemar maksud atau pun nature parlimen itu sendiri," katanya kepada Suara Keadilan. Yusmadi mengingatkan tujuan asal Parlimen diwujudkan bagi menghimpunkan suara wakil-wakil rakyat dan semangat itu hendaklah terus diamalkan dalam sesebuah negara demokrasi yang berdaulat. "Parlimen tempat suara rakyat diwakili. Wakil-wakli rakyat berhimpun bertanya soalan. Sekiranya parlimen berfungsi sebagai tempat untuk mendengar itu bukanlah Parlimen. Parle bermaksud 'to talk' 'to ask question' 'not to listen'. Kalau listen saya rasa perkara lain," sinisnya. Parlimen juga, kata Yusmadi, merupakan tempat menyemak urusan pentadbiran kerajaan oleh pembangkang. Tanpa fungsi itu kerajaan boleh terjerumus ke arah tidak jujur, tidak telus atau malah menyeleweng serta menyalahguna kuasa. "Apa tujuan Parlimen? Tujuannya untuk 'semak dan imbang'. Kalau hanya tempat untuk kita berkumpul tetapi tidak memenuhi tujuan semak dan imbang maka tujuan parlimen tidak tercapai. "Apatah lagi waktu ini pentadbiran kerajaan terpalit pelbagai tuduhan. Kebocoran pakej ransangan ekonomi, pakej bantuan, perundangan Covid yang sesuai seperti terdapat di negara-negara lain tidak dibuat. "Jadi saya fikir fungsi Parlimen sebagai penggubal undang-undang itu telah tidak wujud disebabkan keputusan Muhyiddin sendiri melangkaui kuasa dan memberi mudarat kepada maksud Parlimen," tegas beliau. Sesi sidang Parlimen esok dijadualkan hanya untuk mendengar titah ucapan Diraja. Pemendekkan tempoh sidang yang asalnya sehari penuh itu menimbulkan kemarahan rakyat berikutan kerajaan tidak boleh dipersoalkan mengenai pelbagai kelemahan dalam mengendali krisis Covid 19 sejak mengambil alih kuasa daripada Pakatan Harapan dua bulan lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page