top of page

Sidang Parlimen 18 Mei: PN sila duduk dan jangan lari


Keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan sidang Parlimen pada 18 Mei dengan mendengar titah Agong sahaja menunjukkan PN masih belum bersedia untuk memerintah negara sehingga sanggup mengabaikan prinsip demokrasi berperlembagaan, sekali gus mengabaikan keperluan rakyat dalam menghadapi wabak COVID-19.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menegaskan, PN sepatutnya menggunakan sidang Parlimen untuk menunjukkan keupayaan kerajaan dalam menangani krisis ekonomi ketika ini dan bersikap lebih terbuka terhadap cadangan semua pihak.


"Di kebanyakan negara, ketua kerajaan biasanya akan membuat ucapan dalam sidang Parlimen yang pertama sebagai simbol pentadbiran baharu dan menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai majoriti terutamanya apabila berlakunya pertukaran kerajaan.


"Ucapan yang dibuat juga biasanya menggariskan dasar kerajaan, keutamaan kerajaan dalam sesi sidang seterusnya termasuk undang-undang yang ingin digubal. Selepas ucapan, akan ada perbahasan dan undian," katanya dalam kenyataan.


William turut mendedahkan bahawa parlimen-parlimen di seluruh dunia dijalankan seperti biasa.

"Menurut laporan Kesatuan Inter-Parlimen (IPU), parlimen di seluruh dunia tetap dijalankan ketika wabak, dengan melakukannya dalam bangunan yang lebih besar untuk penjarakan sosial dan menggunakan teknologi video untuk bersidang.


"IPU turut menyatakan bahawa isu menangani COVID-19 memerlukan langkah-langkah yang memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat, ekonomi dan masyarakat secara keseluruhan. Langkah-langkah ini memerlukan sidang Parlimen yang lebih banyak. Sewaktu krisis, Parlimen memiliki kewajipan untuk memastikan bahawa semua tindakan yang diambil meningkatkan tahap keselamatan rakyat ketika berdepan wabak.

"Jadi apa yang berlaku ketika ini hanyalah disebabkan tidak ada kemahuan politik dalam kerajaan dan bukanlah kerana masalah teknikal yang menghalang Parlimen bersidang. Alasan COVID-19 memang tidak boleh diterima dalam pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya lagi.


William turut meluahkan rasa hairan terhadap keengganan kerajaan PN melanjutkan sidang Parlimen lebih daripada sehari walaupun sudah beberapa kali didesak.


"PN bukan sahaja tidak menghormati Dewan Rakyat tetapi juga menghalang rakyat yang mahu suara mereka didengari ketika ini.


"Mereka menghalang peluang rakyat untuk menyatakan masalah yang dihadapi terhadap langkah yang diambil kerajaan ketika krisis dan keperluan mereka yang perlu diberi perhatian pasca COVID-19.


"PN mengutamakan politik berbanding rakyat. Muhyiddin dan menterinya sepatutnya mengikut nasihat Agong sebelum ini: "Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page