top of page

Siasatan tuntutan palsu: Reman anak MB Perlis disambung sehari lagi



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya melanjutkan tempoh penahanan reman terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek selama sehari lagi hingga esok bagi membantu siasatan membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.


Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman semua suspek tamat hari ini.


Sumber SPRM berkata, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20-an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini.


"Suspek memberikan kerjasama yang baik dalam hal ini," katanya yang dipetik dari BH Online.


Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan pelanjutan tempoh penahanan reman berkenaan.


Semalam, anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi antara enam individu yang direman agensi anti-rasuah itu bagi membantu siasatan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.


Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini.

Tuntutan palsu itu membabitkan kerja yang tidak dilaksanakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page