top of page

Siasatan ke atas Anwar tidak melambangkan demokrasi



Siasatan ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghasut rakyat menolak darurat tidak melambangkan semangat demokrasi yang menjadi teras pemerintahan negara ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, beliau kecewa terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mahu siasatan tersebut dibuat biar pun tidak jelas kesalahan yang dilakukan dari segi undang-undang.


"Tindakan itu tidak bertepatan. Warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong dihantar oleh 114 Ahli Parlimen.


"Sepanjang yang saya faham isi kandungan warkah-warkah tersebut bukanlah mendesak Agong tetapi dilakukan di dalam ruang lingkup yang penuh adab dan tatasusila yang baik, serta menjujung tinggi Institusi Raja Raja Melayu serta proklamasi darurat yang diisytiharkan.


"Malah di dalam setiap kenyataan Datuk Seri Anwar mengenai hal ini tidak ada satu pun yang menghasut dan boleh membawa kepada ancaman keselamatan negara atau membawa kepada kebimbangan awam di bawah seksyen 505(b) kanun keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Supardi lagi, berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mahu Anwar disiasat, banyak pihak tertanya-tanya adakah menjadi satu kesalahan kepada Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong apabila membuat rayuan kepada Baginda dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.


"Saya yakin warkah yang dipersembahkan itu memohon agar Parlimen dibenarkan bersidang bagi membincangkan masalah keperitan hidup rakyat ketika pendemik Covid 19, serta melakukan semak imbang dasar-dasar Kerajaan agar ianya lebih telus dan meletakkan (mengutamakan) kepentingan rakyat dan negara," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau berharap pihak Kerajaan PN supaya bersikap lebih profesional dan bukannya mempolitikan isu dengan menuduh Ahli-ahli Parlimen pembangkang melanggar undang-undang atau menuduh Datuk Seri Anwar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page