top of page

Siasatan bakal dilakukan insiden pesawat gagal mendarat



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka lewat petang semalam.


Melalui satu kenyataan, CAAM berkata, pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dengan nombor pendaftaran 9M-ITX dikendalikan International Aero Training Academy (IATAC) itu gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapan tertanggal.


"Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud.


Tambahnya, pesawat terbabit kemudian telah dialihkan dari landasan pada dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.


"Lapangan terbang tersebut kembali beroperasi pada pukul 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan," tambahnya.


Susulan itu Norazman berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page