top of page

Siasat segera tanah Kerajaan Terengganu dijual kepada NGO Pas



KEADILAN Kemaman, Terengganu menggesa pihak berkuasa menyiasat ahli politik Pas yang didakwa menjual tanah milik Kerajaan Negeri dengan harga rendah ke sebuah pertubuhan pro Pas.


Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob berkata penjualan yang didakwa direstui oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkenaan amat tidak telus dan perlu diteliti oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Susulan dakwaan kes penjualan tanah kerajaan oleh Menteri Besar Terengganu kepada NGO Pas, KEADILAN Kemaman menggesa pihak SPRM membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes itu dengan segera.


"Pendedahan yang tular di media sosial mendakwa Menteri Besar telah merestui menjual tanah milik kerajaan bernilai RM29.3 juta kepada NGO Khairunnisa dengan bayaran premium RM 500,000 sahaja.


"Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan tatakelola dan integriti Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas.


"Justeru itu, pihak SPRM harus menyiasat perkara ini kerana ini melibatkan hak dan maruah rakyat Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Nadhir Yob

Menurut beliau lagi, rakyat Terengganu berhak mempunyai Kerajaan Negeri yang mempunyai tatakelola yang baik serta bebas daripada penyalahgunaan kuasa.


"Sebarang isu yang melibatkan integriti dan dakwaan rasuah mesti disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan yang ingin menghapuskan segala bentuk penyalahgunaan kuasa serta melahirkan masyarakat yang mempunyai integriti tinggi bertepatan dengan visi Malaysia Madani," katanya.


Dalam beberapa hari ini tular isu penjualan tanah seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan Pas Terengganu bernilai RM29.3 juta yang didakwa dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan bayaran premium RM500,000.


Penjualan itu tidak disokong oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan bertentangan dengan harga premium yang sepatutnya dikenakan sebanyak RM5.87 juta tetapi didakwa dikurangkan oleh Kerajaan Negeri kepada RM500,000 sahaja.


Isu berkenaan telah dibangkitkan oleh bekas MB Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said di sidang DUN Terengganu baru baru ini. Ahmad mendedahkan urusan perolehan tanah tesebut pada ketika BN berkuasa dan bagaimana dakwanya kerajaan Pas telah menjualkannya dengan harga rendah kepada NGO pro parti berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page