top of page

Siasat segera kes tauliah mengajar calon PN PRK Ayer Kuning

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pemuda AMANAH Perak menyeru Jabatan Mufti Negeri agar segera menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan berhubung proses mendapatkan tauliah mengajar agama, termasuk membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, baru-baru ini.


Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim mendakwa, terdapat lebih 10 orang yang dikenal pasti memegang jawatan dalam parti politik.


Dakwanya, jumlah berkenaan adalah berdasarkan semakan terhadap senarai individu memegang tauliah, sedangkan syarat tauliah sedia ada menetapkan larangan ke atas pemegang jawatan politik.


Beliau berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agama, termasuk menyerahkan maklumat berkaitan untuk membantu siasatan.


"Kami menghormati dan menjunjung tinggi institusi agama di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, selaku Ketua Agama Islam Negeri.


"PRK (Ayer Kuning) telah selesai.. sudah tiba masanya semua dakwaan ini disiasat dengan teliti dan berintegriti.


"Ini penting bagi memastikan tauliah mengajar agama terus kekal sebagai satu amanah suci yang dihormati, bukan disalahgunakan untuk kepentingan politik," tegas beliau menerusi satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Khairol menyifatkan, tauliah adalah amanah yang tidak boleh dipermainkan.


Malah katanya, tauliah bukan sekadar kebenaran mengajar, tetapi melambangkan penghormatan kepada agama dan titah Tuanku.


"Kami menyokong penuh ketegasan Sultan Perak (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) yang sentiasa mengingatkan semua pihak agar menjaga kesucian institusi agama daripada dipolitikkan.


"Kami juga menyeru agar siasatan ini dilaksanakan secara adil, telus dan profesional demi memelihara maruah institusi agama dan menjunjung kedaulatan Raja Pemerintah.


"Pemuda AMANAH Perak tetap komited untuk terus bersama memperkasakan integriti dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page