top of page

Siasat Anwar: Undang-undang mana halang rakyat rayu ehsan Agong?



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu mengemukakan alasan yang lebih terperinci selepas kenyataan beliau semalam untuk menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung desakan kepada Yang di-Pertuan Agong mengkaji semula proklamasi darurat.


Anwar dalam satu siaran langsung di Facebook rasmi beliau malam tadi mempersoalkan tindakan Hamzah yang keterlaluan mendakwa beliau mendesak Agong melalui saranan kepada Ahli-ahli Parlimen menghantar warkah rayuan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Agong baru-baru ini.


"Dia kata saya dan beberapa orang lain akan disiasat kerana menghasut rakyat dan mendesak Yang di-Pertuan Agong. Pak Menteri, baca kenyataan kita dan surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Agong.


"Apa yang kita sebut? Merayu, memohon, ehsan dan kebijaksanaan. Tak faham bahasa ke?


"Memohon, merayu itu meminta ehsan kebijaksanaan Tuanku menimbang. Apakah itu desakan? Apakah rakyat biasa, tukang cuci, barisan hadapan, pekerja biasa tak boleh merayu kepada Agong meminta supaya memperbaiki keadaan, hal-hal yang kita tidak setuju? Apakah tanggungjawab rakyat mesti sokong semua tindakan kerajaan?


"Yang kita bantah itu keputusan PM dan jemaah menteri," katanya di Facebook malam tadi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan terdapat 114 Ahli Parlimen yang menghantar surat rayuan, dan hal itu membuktikan majoriti memihak kepada yang tidak bersetuju terhadap perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


"Harus diingat yang bersetuju (tolak darurat) itu 114 orang dan mungkin 115. Maknanya majoriti Ahli Parlimen. Membuktikan Perikatan Nasional hilang majoriti. Sebab itu Parlimen digantung.


"Kalau diadakan sidang Parlimen, yang menentang atau minta dikaji semula darurat, terutama pergantungan Parlimen itu majoriti. Jadi sepatutnya menteri teliti hal ini. Tak perlu ugut.


"Saya nak tanya undang-udang apa dalam negara kita, peraturan Perlembagaan mana yang tidak membolehkan rakyat memohon ehsan, kebijaksanaan Agong dalam apa perkara pun?" katanya.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, bukan hanya satu dua pihak yang tidak bersetuju terhadap proklamasi darurat. Oleh itu, katanya, secara demokratik menteri harus meneliti perkembangan semasa.


Pihak yang membuat petisyen di mahkamah terdiri daripada Ahli Parlimen, ADUN dan terbaharu NGO-NGO hak asasi manusia, termasuk Bersih 2.0, Suaram dan sebagainya.


"Apakah fail petisyen di mahkamah itu juga dianggap menyalahi undang-undang? Jadi saya harap pimpinan jangan guna ugutan. Kamu sudah kalah dalam pertarungan politik, hilang majoriti, hadapi kenyataan dalam suasana demokratik.


"Ini yang mampu saya jawab. Saya akan beri kerjasama kepada semua pihak termasuk polis kalau difikirkan ada alasan perundangan, bukan ikut kenyataan menteri.


"Ini menteri keluar kenyataan seolah-olah mengarah. Saya harap polis jalankan tugas secara profesional," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page