top of page

Sheikh Wazir tepis dakwaan kaitkan PH dengan usaha musnahkan umat Islam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
Sheikh Wazir (dua dari kanan) bersama DS Anwar dan MB Datuk Nassuruddin dalam satu majlis di Kelantan
Sheikh Wazir (dua dari kanan) bersama DS Anwar dan MB Datuk Nassuruddin dalam satu majlis di Kelantan

Ulama pondok terkenal Kelantan, Sheikh Wazir al-Makki tampil menjelaskan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa mengundi Pakatan Harapan (PH) seolah-olah menyokong usaha DAP untuk memusnahkan umat Islam sebagai tidak berasas dari sudut syariat Islam.


Perkara itu dikongsikan Fairul al-Qasas menerusi hantaran di media sosial yang turut memuatkan salinan tulisan tangan Sheikh Wazir bagi menjawab dakwaan berkenaan.


Fairul berkata, beliau berasa sedih melihat Sheikh Wazir terpaksa menulis sendiri bagi menepis tohmahan yang didakwa dikeluarkan oleh seorang tokoh yang dikhuatiri boleh merosakkan negara.

Tulisan Sheikh Wazir memetik hadia Nabi SAW
Tulisan Sheikh Wazir memetik hadia Nabi SAW

"Sayu hati ini apabila menerima salinan gambar tulisan tangan dari Sheikh Wazir al-Makki yang terpaksa menulis tangan untuk menepis fitnah yang boleh merosakkan negara ini," katanya.


Menurut Fairul, keadaan itu berlaku selepas tohmahan berkenaan datang daripada individu yang dianggap sebagai ulama dan mempunyai ramai pengikut.


Dalam tulisan tersebut, Sheikh Wazir memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Daud berkaitan larangan menzalimi atau mengambil hak golongan mu'ahid atau zimmi tanpa kerelaan.


Antara intipati yang dikemukakan beliau ialah hak golongan berkenaan dalam kehidupan bermasyarakat, termasuk dalam konteks demokrasi.


"Bahawa DAP berhak mengundi dan berhak diundikan. Maka sesiapa berkata bahawa mengundi PH adalah seolah menyokong usaha-usaha DAP untuk memusnahkan umat Islam adalah sangat jahil di dalam syariat Islam, tentang hak-hak ahlil zimmah (bukan muslim tunduk kepada Islam) dan sangat-sangat jahil di dalam amalan demokrasi," katanya.


Dalam tulisannya, Sheikh Wazir turut memetik maksud hadis bahawa sesiapa yang menzalimi, menghina, membebankan atau mengambil sesuatu daripada seorang mu'ahid tanpa kerelaannya, maka Rasulullah SAW menjadi pihak yang menentangnya pada hari kiamat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page