
Berbaki 2 jam sebelum pusat mengundi ditutup, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal merayu agar rakyat Sabah lebih ramai keluar mengundi.
Hal ini kerana berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya setakat jam 2.00 petang, hanya kira-kira 54% pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab.
"Kepada seluruh rakyat Sabah yang layak mengundi, saya berharap pada hari ini 26 September, kita dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi untuk turun mengundi ke pusat-pusat pengundian di mana kita layak untuk mengundi
"Kita hanya mempunyai 3 - 4 jam untuk menunaikan tanggungawab di setiap pusat pengundian.
"Turunlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya kali ini," katanya.
Pusat mengundi di Sabah ditutup pada jam 5.30 petang, bagaimanapun di kawasan yang kurang pengundi ia ditutup seawal jam 3.00 petang
Comentários