top of page

Setiausaha Politik PM sampaikan sumbangan kepada KRT di DUN Melalap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Shamsul (tiga dari kiri) bersama Pengerusi KRT Kg Sawang, Kong Raipan dan pimpinan KEADILAN Tenom
Shamsul (tiga dari kiri) bersama Pengerusi KRT Kg Sawang, Kong Raipan dan pimpinan KEADILAN Tenom

Oleh: Shaiful Annuar S


Masyarakat di DUN Melalap dikunjungi Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kelmarin bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada tiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan itu.


Majlis yang diadakan di Pejabat NADI Kampong Sawang tersebut melibatkan KRT Kampung Sawang, Kampung Mas dan Kampung Ko-Pelajaran, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja Shamsul ke beberapa kawasan di negeri Sabah.


Dalam ucapannya, Shamsul menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama penduduk setempat dan mengucapkan terima kasih atas sambutan masyarakat Daerah Tenom.


"Saya amat bersyukur dapat bersama masyarakat di Tenom hari ini. Sumbangan ini diharap dapat memperkasakan program-program KRT, khususnya di kawasan luar bandar.


"KRT memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan komuniti dan menjadi jambatan antara kerajaan serta rakyat," katanya.


Beliau menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan setiap peruntukan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, seiring dengan hasrat membina komuniti yang sejahtera dan bersatu padu.


Sementara itu, Pengerusi KRT Kampung Sawang, Kong Raipan, menyatakan penghargaan kepada kerajaan atas perhatian yang diberikan terhadap keperluan masyarakat luar bandar.


"Kami amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan. Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di bawah KRT," katanya.


Majlis berkenaan turut dihadiri wakil-wakil masyarakat, pemimpin tempatan serta penduduk kampung sekitar Tenom, yang menyambut baik usaha kerajaan memperkukuh peranan KRT sebagai platform perpaduan dan pembangunan komuniti.


Turut hadir Pengurus NADI Kg Sawang, Muhammad Ramadhaan Jaimin; Datuk Jamawi Jaffar; Ketua Cabang Tenom, Herbert Roger London; wakil Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Khuzan Abu Bakar dan Hajar Haplan, pegawai khas Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Zaliha Mustapha.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page