top of page

Setiausaha Politik PM lawat mangsa banjir di Perak



Hujan dan ribut yang melanda beberapa daerah di Perak semalam mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan.


Meskipun Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Amerika Syarikat ketika ini untuk menghadiri mesyuarat APEC namun beliau mengutus Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar atas, berbaju kelabu) meninjau keadaan mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Hari ini Shamsul diberitakan melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian, Perak dan juga di beberapa PPS lain untuk menyerahkan bantuan atau meneliti sebarang keperluan lain.


"Saya ke PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang ditempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kg Matang Tengah, Kg Changkat Lobak dan Kg Beriai. Sebanyak 24 keluarga, iaitu 97 mangsa terlibat dan dipindahkan di sini.


"PPS kedua, saya dan pasukan pergi ke SK Alor Pongsu Kerian di mana 19 keluarga iaitu seramai 57 mangsa terlibat diletakkan di PPS tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.


DS Shamsul meneliti carta perpindahan mangsa banjir berdasarkan kawasan

Selain itu, Shamsul turut mengujungi PPS di Teluk Intan di Dewan Serbaguna Chikus. Di situ sebanyak 15 keluarga telah dipindahkan. Sementara PPS keempat pula di Dewan MPTI Langkap. Sebanyak 24 keluarga melibatkan seramai 70 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan.


Manakala PPS terakhir dilawati adalah di Dewan Serbaguna Padang Tembak. Sebanyak 52 keluarga atau 168 mangsa ditempatkan di situ


"Kesemua PPS, iaitu setiap keluarga yang terjejas banjir di seluruh Perak telah diserahkan bantuan kecemasan kerajaan (one-off) bernilai RM500 secara tunai ketika sesi lawatan ini.


"Peruntukan tersebut diluluskan PM Datuk Seri Anwar pada Jumaat lalu dalam mesyuarat kabinet, melibatkan jumlah keseluruhan RM77,500 bagi seluruh negeri Perak," katanya lagi.


Shamsul dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan terlibat seperti APM, JKM, ATM, PDRM, KKM, Rela dan lain-lain. Beliau berjanji akan berbuat yang terbaik untuk semua mangsa banjir yang terlibat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page