top of page

Setiausaha Politik Menteri letak jawatan, tumpu tugas khusus



Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meletak jawatan sejak 20 Disember 2023 lalu untuk memberikan tumpuan kepada tugasan khusus.


Napsiah Khamis @ Maharan berkata demikian dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan semalam.


"Saya telah menghantar surat peletakan jawatan selaku Setiausaha Politik kepada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada hari Khamis, 28 Disember 2023.


"Tujuan perletakan jawatan ini adalah supaya saya dapat memberikan tumpuan khusus serta fokus kepada satu tugasan khas yang telah diamanahkan kepada saya.


"Terima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama daripada semua pihak selama ini," katanya.


Beliau yang merupakan pemimpin Wanita KEADILAN Johor dan mantan Calon DUN Kempas dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022 turut mendoakan pasukan Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus sukses pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page