top of page

Setiap rakyat dapat RM100, tambah RM300j peruntukan Jualan Rahmah - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 2 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengumuman julung kalinya dalam sejarah negara mengagihkan bantuan langsung kepada rakyat secara one off bagi mengurangkan beban sara hidup yang membelenggu rakyat sejak era pasca pandemik.


Menurutnya, bantuan itu diberikan dengan rasa tanggungjawab dalam ikhtiar menambah tunai ke saku rakyat bagi memudahkan perbelanjaan harian.


"Buat pertama kali dalam sejarah sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 sekali gus, one off, melalui MyKad di bawah program sumbangan asas Rahmah.


"Bantuan ini mulai 31 Ogos, berakhir 31 Dis 2025 melalui 4,100 kedai termasuk pasar raya di seluruh negara. Maknanya kalau suami isteri ada dua anak (atas 18 tahun) RM400 sekeluarga.


"Yang memperoleh manfaat adalah 22 juta rakyat yang melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini tambahan dari RM13 bilion dari (bantuan) SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah, sekarang jadi RM15 bilion untuk 2025," katanya dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia oleh YAB Perdana Menteri pagi tadi.


Oleh kerana bantuan diberikan kepada semua rakyat Malaysia dewasa, kata PM, pihak yang kaya atau tidak memerlukan bantuan tidak perlu pergi ke pasar raya dan menggunakan pemberian itu.


Pemberian yang tidak digunakan, kata beliau, akan akan dipindahkan kepada golongan rentan dan miskin tahun hadapan.


PM juga dalam siaran khas pagi tadi mengumumkan peruntukan tambahan dalam program Jualan Rahmah.


Katanya, Jualan Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan sejak 2023 terbukti berjaya membenarkan rakyat memperolehi barangan keperluan asas dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.


"Kesan Jualan Rahmah ternyata dapat tarikan. Kos dan harga relatif lebih murah, maka peruntukan awal RM300 juta kita akan tambah kepada RM300 juta lagi, menjadi RM600 juta dan perutukan ini akan memastikan kekerapan, tiap DUN, ada 600 DUN keseluruhannya akan mendapat peluang.


"Maknanya Jualan Rahmah akan diadakan di setiap DUN menjelang akhir tahun ini," katanya.


Selain itu, PM juga mengumumkan mengenai cuti tambahan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2025 berupa cuti kelepasan am khas sehari sebelum detik bersejarah berkenaan.


"Sempena Hari Malaysia 16 September untuk tingkat usaha pelancongan tempatan kita, memenuhi masa dan ruang lebih baik dengan keluarga, saya umumkan 15 Sept 2025, Isnin, diisytihar hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia 2025.


"Mudah mudahan kita tingkatkan ukhwah dan ingat kehebatan pemuka bangsa dalam usulkan pembentukan Malaysia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page