top of page

Setahun Kerajaan Madani, hala tuju ekonomi negara makin jelas



Oleh: Helmi Mohd Foad


Selepas setahun terbentuknya Kerajaan Perpaduan hala tuju ekonomi negara semakin jelas dan menyakinkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyusun pendekatan yang mampan di bawah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 serta Belanjawan MADANI dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.


"Alhamdulillah, setahun pimpinan Kerajaan MADANI sudahpun berlalu. Walaupun awalnya ada kalangan yang cuba menggugat, mempertikai keupayaan dan mempersoalkan kononnya kita tiada hala tuju yang jelas.


"Namun, kesungguhan dan keakraban rakan-rakan dalam Kerajaan berjaya menjelmakan semula kekuatan watan dengan hasil yang ketara," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) di Dewan Negara hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengurusan ekonomi kita pada tahap amat baik dengan petunjuk ekonomi negara terus positif.


"Kita berjaya meredakan tekanan inflasi. Bermula dengan kadar 4% semasa Kerajaan mengambil alih; kini setakat Oktober 2023, kadar inflasi hanya 1.8%; terendah di rantau ini dan lebih baik ketimbang kebanyakan negara maju.


"Tahap pengangguran juga berjaya diturunkan kepada 3.4% setakat September 2023; iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum Covid-19 (3.3%)," katanya.


Perdana Menteri memberitahu, negara juga berjaya meraih komitmen pelaburan dengan nilai RM347 bilion sepanjang lawatan rasmi saya dan misi perdagangan dan pelaburan yang diadakan di negara seperti China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, UAE, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.


"Bagi separuh pertama 2023, kita meluluskan pelaburan bernilai RM132.6 bilion iaitu melebihi 60% daripada sasaran tahun ini. Yang utama ialah, ekonomi kita berkembang sepertimana direncana.


"KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) suku ketiga 2023 mencatat pertumbuhan sebanyak 3.3% ketimbang 2.9% pada suku kedua 2023. Ekonomi kita berkembang 3.9% pada 9 bulan pertama 2023, selari dengan unjuran KDNK 2023 sekitar 4%," katanya.


Anwar membentangkan Belanjawan 2024 dengan menyediakan peruntukan RM393.8 bilion dengan RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.


Di bawah tajuk Komitmen Reformasi Fiskal, beliau berkata tahun hadapan, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan antara 4 hingga 5% dengan defisit fizikal tahun depan dijangka berkurang kepada 4.3% berbanding 5% (2023) dan 5.6% (2022).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page