top of page

Sesi konsultasi Belanjawan 2026 bakal bermula - Fahmi Fadzil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI akan memulakan sesi konsultasi bagi penyediaan Belanjawan 2026 bermula Khamis ini bagi memastikan belanjawan negara yang dirangka benar-benar mencerminkan keperluan rakyat dan sektor swasta.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, proses konsultasi bersama pemegang taruh itu akan berjalan secara berterusan sehingga draf akhir belanjawan disiapkan.


"Majlis konsultasi in adalah sebahagian daripada usaha untuk mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak serta harapan mereka mengenai isi kandungan Belanjawan 2026," katanya dipetik.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan sebelumnya menyampaikan ucaptama di Forum Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO) Nexus (CNF25) yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Kuala Lumpur pada Selasa.

Belanjawan 2026 dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan, mengikut Takwim Penggal Keempat Parlimen Ke-15.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini memaklumkan bahawa Belanjawan 2026 bersama tumpuan RMK-13 akan dirangka dengan pendekatan yang pragmatik dan praktikal, selaras dengan usaha memperkukuh ekonomi negara, menangani ketidaktentuan global serta membina masyarakat yang lebih adil dan saksama.


Sementara itu menurut Fahmi, penyediaan Belanjawan 2026 akan mengambil kira cabaran geopolitik semasa yang memberi kesan kepada landskap ekonomi negara.


"Belanjawan 2026 ini juga akan memberi penekanan kepada fokus utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu," katanya lagi.

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page