top of page

Sesi khas Parlimen bentang RUU Akta Anti Lompat Parti 11 April

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 24, 2022
1 min read


Sesi khas Dewan Rakyat untuk membentang dan meluluskan Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti akan diadakan pada April 2022.


Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar pada sidang sesi petang.


Beliau menjawab pertanyanan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) yang mahu tarikh sidang diumumkan agar Kerajaan dan Pembangkang boleh membuat persiapan untuk perbahasan.


"Saya amat mengalu alukan penjelasan oleh YB berkaitan cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan.


"Juga satu sesi khas akan diadakan bulan hadapan berkaitan Akta Anti Lompat Parti.


"Bolehkah berikan tarikh bila sesi khas ini akan diadakan supaya sama sama (kedua belah pihak) boleh buat persiapan," katanya.


Wan Junaidi menjawab, sidang khas tersebut akan diadakan pada hari Isnin selama sehari dan sekiranya tidak mencukupi Perdana Menteri bersetuju melanjutkan kepada dua hari.


"Sebenarnya Tan Sri Yang Dipertua, saya tadi berbincang dengan YAB PM dan persidangan ini akan diadakan pada 11 April ini, untuk kita membahaskan RUU lompat parti.


"Kuasa (memanggil sidang) di bawah Peraturan 11(3) ini adalah kuasa khas PM dan berbincang dengan Speaker (mengenai) tarikh itu," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page