top of page

Seruan Anwar Disahut, Sumbangan Dana Palestin Meningkat Ke RM1 Juta

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • May 24, 2021
  • 1 min read

Sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai memberikan sumbangan untuk Palestin, seruan itu disahut apabila jumlah dana meningkat ke RM1 juta. Presiden KEADILAN itu berkata, beliau menghargai keprihatinan orang ramai dan memberi jaminan bahawa dana itu akan terus disalurkan kepada rakyat Palestin.


"Saya bersyukur kerana dalam tempoh sehari, kita telah mengumpul lebih RM500 ribu dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1 juta yang terus dikirim kepada rakan-rakan untuk kebajikan, pendidikan, pembangunan dan keselamatan rakyat Palestin.


"Saya junjung kasih khusus kepada Sultan Kelantan yang telah murah hati menyumbangkan satu dana untuk melengkapkan keperluan kita mengirim segera.


"Dengan usaha dan inisiatif yang kecil ini, saya meminta rakan-rakan meneruskan usaha membantu kepada Viva Palestina Malaysia dan MyAqsaDefenders supaya pengurusan dana terkawal dan telus dan tidak ada kemungkinan ketirisan.


"Terima kasih kepada rakan yang beri sumbangan dan saya ambil inisiatif menyegerakan tanggungjawab, saya harap saudara membantu mengikut keperluan keupayaan kepada mana-mana badan yang saya sebutkan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page