top of page

Sertai PH kukuhkan pembangkang, bukan tubuhkan gabungan baharu


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Raymond Ahuar mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata kerana gagal menolak Belanjawan 2021.


Beliau berkata, ia adalah perkara biasa bagi pembangkang kalah dalam undian di Parlimen.


"Jika kita ada majoriti, kita bukanlah pembangkang.


"Kita akui dengan penyatuan semua pembangkang, kita akan menjadi lebih kuat bagi mendepani Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada PRU ke-15 akan datang," katanya dalam kenyataan.


Namun, Raymond menganggap 'grand coalition' atau pakatan mega PH perlu dibentuk dengan hala tuju yang jelas.


"Dalam kita ingin menubuhkan sebuah pakatan besar, biarlah ia melalui satu pakatan dengan hala tuju dan dasar yang sama. Ini bagi mengelak oportunis yang mempunyai agenda tersembunyi yang memecahbelahkan pakatan sedia ada serta menyukarkan gerak kerja pilihan raya.


"Mengambil iktibar kegagalan Warisan Plus pada PRU-14, (sebelum UPKO tinggalkan BN) dan PRN Sabah ke-16, adalah lebih baik kita membentuk satu pakatan atau memperkukuhkan PH melibatkan parti atau Ahli Parlimen yang ingin bersama PH secara rasmi.


"Plus kepada PH akan memberi persepsi negatif kepada rakyat dan dilihat tidak ada hala tuju jelas dalam satu kesatuan yang akhirnya menemui kegagalan seperti yang berlaku di Sabah.


"Pada pandangan saya, penyertaan Pejuang, Warisan, UPKO, MUDA, PSB dan Ahli Parlimen bebas ke dalam PH adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan sejak dahulu agar rakyat jelas dan yakin akan kesatuan ini," katanya.


Justeru, Raymond menganggap pakatan mega PH harus diperkuatkan tanpa perlu berbalah mengenai soal kepimpinan.


"Kita bakal mendepani bukan sahaja Pilihan Raya Umum malah Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bila-bila masa, ini peluang untuk memperkukuhkan PH


"Jika kita berterusan dengan satu pakatan besar yang hanya besar pada jumlah Ahli Parlimen namun dilihat tidak ada kesepakatan, kita pasti ditolak rakyat.


"Jika pihak yang ingin bersama PH benar-benar ingin perjuangkan nasib rakyat dan mereformasikan sistem negara, saya pasti mereka ikhlas bersama dalam pakatan ini tanpa ingin melobi untuk menjadi ketua," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page