top of page

Sertai BRICS: Kerajaan perlu libat urus bersama pemain industri, pemegang taruh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Kerajaan disaran mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri, akademia, pihak media dan pemegang taruh lain bagi memberi kefahaman secara menyeluruh mengenai manfaat dan impak penyertaan Malaysia ke dalam kumpulan ekonomi BRICS.


Pengerusi NGO MyMadani, Bakhtiar Yusof berkata cadangan itu timbul sebagai respon kepada pelbagai pihak mengenai dasar luar negara semasa, terutama melibatkan kerjasama ekonomi bagi memastikan Malaysia meraih manfaat dengan keuntungan tidak hanya dinikmati oleh negara luar.


"Terdapat kebimbangan bahawa dasar “Buy Malaysian First” yang sebelum ini kurang dikuatkuasakan boleh menyebabkan produk tempatan diketepikan.


"Penyertaan Malaysia ke dalam BRICS sememangnya memberi peluang besar, namun kerajaan perlu meyakinkan pemain industri bahawa manfaatnya juga berpihak kepada negara kita.

Bakhtiar Yusof
Bakhtiar Yusof

"China boleh hasilkan produk sama seperti Malaysia, kerana kos buruh mereka lebih murah. Kerajaan perlu meneliti isu ini dan mencari kekuatan unik Malaysia," kata Bakhtiar diminta mengulas mengenai sokongan China ke atas Malaysia untuk segera menyertai BRICS dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) baru baru ini.


Bakhtiar yang juga ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan berkata, selain itu pelaburan penyertaan Malaysia ke dalam BRICS dijangka membuka laluan perdagangan dan pasaran baharu termasuk ke Brazil dan Rusia.


Malah katanya, sektor pelancongan turut berpotensi berkembang dengan kedatangan pelancong dari Amerika Latin, Eropah Timur dan Timur Tengah yang semakin mencari destinasi alternatif di Asia Tenggara berikutan susulan diskriminasi dan sekatan yang berlaku keatas mereka di Eropah dan Amerika.


"Jadi saya rasa peranan Malaysia menyertai BRICS adalah penting. Hari ini sistem ekonomi kita semakin terbuka. Kita tak boleh berharap pada satu negara besar sahaja.


"Negara BRICS juga merangkumi negara G7 seperti Rusia, China dan India kan. Peranan Malaysia menyertai BRICS untuk kesinambungan di masa hadapan dan memberi nilai tambah kepada negara


"Ketika Presiden AS Trump membuli negara-negara lain dengan tarif tinggi, kepimpinan BRICS yakin dan menjemput Malaysia kerana peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat ASEAN dan pengaruh dalam negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam)," kata Bakhtiar.


Dalam pada itu katanya, usaha mewujudkan generasi tenaga kerja mahir dan berilmu pengetahuan adalah aset penting negara dengan kewujudan kerajaan perpaduan dilihat mampu memulihkan keyakinan pelabur.


"Sumber tenaga kerja mahir di Malaysia ramai. Dan ini bukan hanya mengenai kos buruh yang rendah. Kalau kita lihat Singapura sebagai contoh, meskipun tenaga kerja disana agak mahal, tetapi pelaburan masih tinggi di negara itu.


"Peranan PMX hari ini ialah menstabilkan kerajaan perpaduan. Gabungan parti membentuk majoriti dan gabungan yang kuat. Hari ini tidak ada negara yang boleh diperintah suatu parti dominan.


"Semua negara mengadakan gabungan. Malaysia, Alhamdulillah ada tokoh yang mampu menggabungkan dan menstabilkan keadaaan," katanya lagi.

3 Comments


Jimmy Joelson
Jimmy Joelson
Oct 31

سیستم کنترل روشنایی با استفاده از حسگرها، کلیدهای دیمر و برنامه‌های هوشمند، توانایی تنظیم نور محیط را فراهم کرده، مصرف انرژی را کاهش می‌دهد و راحتی و امنیت بیشتری برای کاربران ایجاد می‌کند، به‌ویژه در ساختمان‌های مدرن و تجاری.

Like

Brian Dotts
Brian Dotts
Oct 13

CryptoRobotics provides a White Label Ladder Smart Orders module ready to deploy in 1–6 weeks: https://cryptorobotics.ai/learn/white-label-ladder-smart-orders-by-cryptorobotics/

Like

Eddy Smith
Eddy Smith
Sep 20

Getting help with nursing assignment was the smartest thing I did this semester. The team really broke down my requirements and gave me a structured paper that was easy to follow. I liked that I could stay in touch with the writer, which made the whole process transparent. The assignment was polished and backed by current research. If you’re stressed with deadlines, I’d definitely recommend getting professional help – it frees up so much time.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page