top of page

Serangan pengganas: ABIM bersolidariti bersama rakyat Iran



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras kerasnya dua serangan bom pengganas di Kerman, Iran pada 3 Januari lalu.


Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata serangan dua letupan bom yang mengorbankan 95 orang awam itu tidak boleh diterima oleh masyarakat yang bertamadun.


"ABIM menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dan mendoakan mereka yang tercedera agar cepat sembuh.


"ABIM menyatakan solidariti penuh kepada kerajaan Republik Islam Iran dan rakyatnya, di atas tragedi yang menghibakan ini," katanya dalam kenyataan.


Serangan di Iran berlaku berhampiran pemakanan Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh pada 2020 dalam serangan dron Amerika Syarikat.


Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab biar pun menurut sumber serangan berkemungkinan dilakukan oleh Islamic State.


Berdasarkan laporan media antarabangsa, 95 terbunuh 211 yang lain cedera dalam serangan letupan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page