top of page

Serangan Israel jenayah perang: ABIM alu-alukan resolusi lebih tegas PBB


Serangan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin merupakan jenayah perang ke atas umat Islam.


Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia mengalu-alukan perkembangan terbaru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 27 Mei lalu mengundi (24 undi menyokong, 9 membantah dan 14 berkecuali) meluluskan satu resolusi (A/HRC/S-30/L.1) bagi menubuhkan sesegera mungkin suruhanjaya inkuiri antarabangsa bertujuan menyiasat ke dalam Wilayah Palestin Yang Dijajah, termasuk Baitul Maqdis Timur dan di dalam Israel, berkenaan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan kesemua pelanggaran serta ketidakpatuhan terhadap undang-undang hak asasi manusia.


Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, pertubuhan itu ketika ini sedang mengawasi secara dekat pelanggaran prinsip hak asasi manusia oleh rejim Zionis dan terus melobi pelbagai pihak agar tindakan tegas diambil.


"Pada masa sama, ABIM bersetuju dengan kenyataan TYT Michelle Bachelet, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR), bahawa serangan kejam rejim Israel ke atas Gaza boleh diletakkan sebagai jenayah perang.


"ABIM menegaskan bahawa tindakan tersebut oleh pihak UNHRC adalah tepat dan ABIM akan terus menyuarakan hujah kami, bahawa unsur hak asasi seharusnya tidak mengenal warna kulit bagi melindungi setiap individu yang dizalimi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, ABIM turut menyokong pandangan Datuk Dr Afifi al-Akiti (Felo Pengajian Islam Universiti Oxford) sewaktu “Program Solidaritas Kemanusiaan Untuk Palestin” yang dianjurkan pada 26 Mei lalu, bahawa isu Israel-Palestin adalah krisis kemanusiaan yang melangkaui geografi politik mahupun isu agama.


Katanya, hal itulah yang menjadi pemangkin tunjuk perasaan di kota-kota utama dunia Barat, terutama sekali daripada golongan belia, dan termasuklah masyarakat Yahudi yang insaf.


"Menggunakan naratif kemanusiaan akan membuka ruang baru untuk menyelesaikan konflik di bumi Palestin dan ini adalah satu langkah ke hadapan.


"Prinsip ini telah dinyatakan ketika mesyuarat rasmi antara ABIM dan Badan Masyarakat Madani (CSO) Malaysia dengan TYT Michelle Bachelet, sewaktu kunjungan rasmi beliau ke Malaysia, dengan iltizam jelas untuk memastikan kesemua kes kezaliman dan penindasan yang dilakukan terhadap umat Islam di beberapa negara seperti China – Uighur, Myanmar – Rohingya dan Palestin dilayan secara sama penting sebagaimana kes lain dan perlu ditekankan kepentingannya oleh pihak PBB," katanya lagi.


Pada masa sama, ABIM juga konsisten menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menguatkuasakan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB dengan memulakan prosiding perundangan terhadap Israel.


Resolusi 2334 menegaskan kembali pendirian Majlis Keselamatan PBB bahawa penubuhan penempatan oleh rejim Israel di wilayah Palestin yang dijajah sejak 1967, termasuk Baitul Maqdis Timur, adalah salah di sisi undang-undang dan merupakan pelanggaran biadab terhadap undang-undang antarabangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page