top of page

Serangan Doha: Israel anti-perdamaian, mahu teruskan perang - Raja Bahrin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang terlibat dalam serangan di Doha, sekali gus menggambarkan pengabaian berterusan terhadap kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa.


Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar), menyifatkan tindakan jet Israel mengebom perunding Hamas di Doha sebagai satu penghinaan terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa dan merupakan tindakan yang telah mengejutkan dunia.


''Wakil Biro Politik Hamas ketika itu sedang menyertai rundingan yang dimulakan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) bagi membebaskan tebusan Israel yang ditahan di Gaza selain berusaha mencapai gencatan senjata.


''Hal itu seharusnya menyedarkan Trump dan AS bahawa Israel berhasrat untuk meneruskan perang di Gaza dan berniat menggagalkan rundingan tebusan serta gencatan senjata.


''Dengan pengabaian terbaharu dan keterlibatan AS terhadap kedaulatan Qatar yang juga sebuah negara Islam, kami menggesa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik jemputan kepada Trump untuk menghadiri Mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Raja Kamarul Bahrin berkata, tindakan Israel itu sekali lagi menunjukkan sikap kebal dan pengabaiannya terhadap usaha Amerika Syarikat (AS) dan Qatar dalam mencapai keamanan antara Palestin dan Israel.


Katanya, Israel amat jelas mempunyai niat untuk menggagalkan sebarang proses ke arah pendamaian.


''Qatar selain bertindak sebagai pengantara yang sangat positif bagi pembebasan tebusan dan gencatan senjata Gaza, turut menempatkan pangkalan udara dan tentera AS serta dilihat sebagai sekutu penting negara-negara Barat.


''Dipercayai Israel telah memaklumkan AS sebelum serangan terbaharu di Doha, menjadikan AS turut terlibat dalam tindakan tersebut kerana dipercayai pesawat dan senjata buatan AS digunakan dalam serangan tersebut.


''Qatar merupakan sekutu rapat AS yang menempatkan pangkalan udara besar milik AS,'' ujarnya.

1 Comment


Eddy Smith
Eddy Smith
Sep 11

One thing I like about https://payforessay.net/ is the variety of services they cover. It’s not just essays; they also handle research papers, coursework, and even presentations. I’ve used them twice, and both times I got exactly what I needed before the deadline. The support team is also really quick to respond if you have questions. Honestly, having that reliability when deadlines overlap makes a huge difference. It’s a great backup option for students.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page