top of page

Serangan AS - UK ke atas Yaman lebarkan konflik di Timur Tengah



Oleh: Abdullah Zaid


Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas kumpulan Houthi yang menguasai sebahagian besar Yaman dengan alasan untuk mengekang kumpulan itu daripada terus melancarkan serangan ke atas kapal kargo pro Israel di Laut Merah dikhuatiri hanya akan memperbesar konflik di Timur Tengah


Menurut Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda, serangan itu juga akan memperburuk situasi kemanusiaan di negara yang hampir sedekad dilanda perang saudara itu.


Beliau juga menyifatkan serangan kuasa besar berkenaan sebagai suatu tindakan sewenang wenang melanggar kedaulatan negara Islam.


"Motif serangan ini dilihat berkait rapat dengan kepentingan geopolitik, sumber daya dan konflik antara rakyat Palestin dan negara haram Israel yang melibatkan pihak-pihak terkait.

"Pemuda AMANAH menegaskan bahawa keutamaan sekarang adalah segera


melaksanakan gencatan senjata dari pihak Israel yang masih meneruskan pembunuhan di bumi Gaza, bukannya negara kuasa besar melebarkan perang yang turut akan merugikan rakyat AS dan UK," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, sayap pemuda parti itu menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil peranan lebih aktif dalam menangani krisis berkenaan serta memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di Yaman diutamakan.


"Cukuplah 24,000 rakyat Palestin dibunuh dengan restu AS, usah ditambah luka umat Islam dengan melebar pembunuhan di lebih banyak negara Islam.


"Selain itu, Pemuda Amanah juga mengajak komuniti antarabangsa dan badan-badan hak asasi manusia untuk menyelidiki secara menyeluruh kesan serangan ini terhadap rakyat Yaman dan mengambil langkah-langkah kemanusiaan yang diperlukan," katanya.


Serangan misil kelmarin ternyata meningkatkan ketegangan di rantau teluk apabila Iran melancarkan serangan balas peluru berbandu memusnahkan pejabat agensi perisikan Israel, Mossad di Erbil, Iraq semalam.


Begitu juga kumpulan Houthi telah melebarkan sasaran dengan menyerang kapal kargo AS dan UK walaupun tumpuan utama mereka masih ke atas kapal kargo berkepentingan Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page