top of page

Serang Rafizi: 'Ada isu pokok yang cuba disembunyikan Najib'



Serangan bertali arus ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak menimbulkan tanda tanya apakah ada isu yang lebih besar di belakang serangan itu.


Bagi Rafizi, Najib ada isu pokok yang cuba disembunyikan. Hal itu terungkap apabila Najib berulang kali menumpukan ucapannya di Konvensyen BN Selangor kelmarin ke atas Rafizi, KEADILAN dan Pakatan Harapan serta berkata Rafizi 'berminat' kepada isu di sekeliling Ahli Parlimen Pekan itu.


"Hakikatnya, Najib telah bersalah menyeleweng dana rakyat yang kesannya akan ditanggung untuk jangka masa berpuluh tahun akan datang.


"Selain tanggungan hutang 1MDB berjumlah RM50 bilion, projek-projek mega yang kosnya naik berkali ganda membebankan rakyat dengan hutang melebihi RM100 bilion dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang.


"(Justeru) Najib telah menggunakan sumber kewangannya untuk menggerakkan kempen penipuan melalui media sosial untuk menyucikan dirinya seolah-olah dia tidak bersalah.


"Lebih teruk dari itu, dia juga cuba menyelewengkan pemikiran rakyat dengan memainkan propaganda terhadap tokoh-tokoh terbilang. Cubaan propaganda Najib memburukkan integriti hakim Yang Arif Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali semata-mata untuk menutup kesalahannya mencuri dana rakyat, tidak wajar dibiarkan tanpa disanggah," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Rafizi menyeru seluruh pimpinan KEADILAN - Pakatan Harapan (PH) untuk menjawab propaganda Najib yang merosakkan pemikiran rakyat.


Katanya, mematahkan serangan Najib dan menawarkan yang lebih baik kepada rakyat adalah kunci kemenangan PH pada pilihan raya akan datang.


Rafizi juga amat tidak setuju dengan kempen Najib memperlekehkan kewibawaan hakim Mohd Nazlan. Katanya, Nazlan seorang yang pintar lulusan University of Oxford dan mempunyai rekod kerjaya yang menjadi kebanggaan negara berbanding Najib yang hanya mempunyai rekod anak seorang bangsawan.


"Propaganda Najib tanpa segan silu, dalam memainkan isu perkauman, dia juga menghina dan memperkecilkan tokoh-tokoh seperti Datuk Mohd Nazlan demi untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dekat dengan hari penghakiman.


"Sebab itu, telatah Najib tidak lebih dari seorang yang perasan dan merasa takut pada masa yang sama.


"Saya tidak berminat dengan Najib.


"Sebagai pimpinan utama parti-parti pro-rakyat di negara ini, memang menjadi tanggungjawab saya untuk terus mendedahkan kesalahan Najib.


"Fokus kepada kesalahan Najib yang membebankan rakyat ini telah menjatuhkan Najib dalam PRU14 dalam tahun 2018. Dengan konsistensi yang sama, lebih ramai rakyat yang akan menolak Umno-Barisan Nasional akibat penyelewengan-penyelewengan Najib yang terus membebankan Umno-Barisan Nasional," katanya lagi.


Rafizi menegaskan minat sebenar beliau bukan isu di sekeliling Najib tetapi untuk memastikan Ahli Parlimen Pekan itu menanggung kesalahan-kesalahannya kepada rakyat dan berakhir di penjara.




1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


Mohd Nor Mohd Don
Mohd Nor Mohd Don
Aug 02, 2022

Ok good for all

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page