top of page

Serang Iran serlah keangkuhan Israel di luar batas undang-undang antarabangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 2 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menganggap serangan terbaru Israel ke atas Iran pagi ini menunjukkan tahap baru keangkuhan rejim Zionis itu yang bertindak di luar batas undang-undang antarabangsa hingga mampu mencetuskan konflik berskala besar di rantau Asia Barat.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan ketenteraan Israel itu merupakan satu bentuk percerobohan yang tidak sah dan sangat provokatif


"MAPIM mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan oleh rejim Zionis Israel ke atas wilayah Republik Islam Iran. Ia merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara.


"Ini adalah tahap baru keangkuhan rejim Zionis yang bertindak di luar batas undang-undang antarabangsa. Jika dibiarkan tanpa tindakan tegas, ia akan mencetuskan peperangan serantau yang besar dan mengorbankan jutaan nyawa,” tegas Mohd Azmi dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, beliau berpandangan serangan tersebut merupakan sebahagian daripada siri keganasan berterusan rejim Zionis — daripada pembunuhan beramai-ramai di Gaza, serangan ke atas Syria dan Lubnan, kini diperluaskan kepada Iran secara terbuka.


"Ini adalah tindakan strategik rejim Zionis untuk mewujudkan ketegangan dan mencetuskan ketidakstabilan serantau dengan niat menarik campur tangan kuasa besar demi agenda perang Tel Aviv," katanya.


Susulan serangan terbaru itu, MAPIM turut menuntut agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera bersidang dan mengeluarkan resolusi mengutuk pencerobohan Israel serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran ini.


"Sidang Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti diadakan untuk merangka maklum balas tegas dan bersatu umat Islam terhadap serangan ini," ujarnya.


Mohd Azmi turut menggesa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 serta anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) agar memimpin usaha diplomatik untuk mengutuk tindakan Israel dan mempertahankan prinsip kedaulatan dan kedamaian antarabangsa.


Tegasnya semua negara turut digesa memutuskan atau menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Israel selain mengiatkan kempen boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan terhadap rejim itu.


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan keamanan dan masyarakat sivil di seluruh dunia mesti bangkit bersama menuntut pertanggungjawaban Israel atas jenayah perang dan menggusat kestabilan serantau, kata beliau.


"Serangan ini berlaku dalam konteks pembantaian berterusan di Gaza dan pencerobohan Israel yang meluas ke seluruh rantau. Ia memperlihatkan peranan Israel sebagai aktor pelampau dan perosak utama kestabilan serantau dan dunia.


"Dunia tidak boleh terus berdiam diri sementara sebuah negara menjalankan tindakan perang tanpa batas dan mencabar kedaulatan undang-undang antarabangsa," kata beliau sambil menyatakan MAPIM bersolidariti penuh bersama rakyat Iran dalam menentangkan agresi Israel.


Laporan media antarabangsa menyebut Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas dalam Operasi 'Rising Lion' pada awal pagi ini dengan menyasarkan kemudahan nuklear, program misil balistik dan kediaman pemimpin kanan tentera Iran .


Lebih 200 pesawat pejuang dilapor digunakan dan lebih 100 sasaran udara di Iran dijangka terjejas.


Komander Kor Pengawal Revolusi Iran, Hossein Salami serta Ketua Staf Angkatan Bersenjata, Mohammad Bagheri serta sekurang‑kurangnya enam saintis nuklear dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel itu.


Israel yang menjadikan kemudahan pengayaan uranium di Natanz serta sistem peluru berpandu dan radar sebagai sasaran utama memberi alasan serangan itu sebagai tindakan pencegahan terhadap “ancaman nuklear".


Serangan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum rundingan nuklear tidak langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijadualkan di Oman sekali gus menunjukkan kemungkinan usaha diplomatik kini terjejas .


Sebagai tindak balas awa, Iran telah melancarkan serangan menggunakan lebih 100 dron ke arah Israel dengan majoritinya dilapor dipintas di ruang udara Iraq dan Jordan. .


AS menegaskan tidak terlibat secara langsung dengan serangan tersebut dan menumpukan usaha melindungi asetnya di wilayah itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page