top of page

'Sepanyol, Ireland, Norway iktiraf Palestin, satu kemenangan'



Oleh: Abdullah Zaid


Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Bahrin Shah menyeru masyarakat dunia terutama negara-negara Islam terus menekan Israel serta sekutunya bagi menghentikan pembunuhan beramai ramai (genosid) ke atas rakyat Palestin.


Menurutnya, pengumuman Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting dan belum pernah berlaku sepanjang 75 tahun penjajahan rejim Zionis itu ke atas Palestin.


"Sebahagian besar masyarakat dunia menyambut baik langkah berani ini dan berharap ia akhirnya akan menyampaikan mesej kepada Israel bahawa sudah cukuplah kekejaman yang dilakukan.


"Pembunuhan dan kekejaman di Gaza dan Tebing Barat yang disiarkan di seluruh dunia mesti dihentikan sekarang," kata Raja Bahrin dalam satu kenyataan.


Malah, menurut beliau lagi, tiga negara Eropah iaitu Sepanyol, Ireland dan Norway mengumumkan mereka akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merupakan langkah berani yang perlu dicontohi oleh pemimpin dunia yang lain.


"Pengisytiharan Norway untuk mengiktiraf Palestin adalah amat signifikan kerana Perjanjian Oslo diadakan di Norway mengenai isu Palestin.


"Pengisytiharan lebih awal dari Turkiye untuk menghentikan semua perdagangan dengan Israel juga merupakan satu tamparan besar kepada Israel dan isyarat kuat kepada negara-negara Muslim dan Arab lain yang belum mengambil tindakan sama, memberi tekanan lebih hebat kepada Israel agar menghentikan serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin," katanya.


Jelas Raja Bahrin, tindakan tegas yang diambil negara-negara Eropah itu mampu memberi tamparan buat Israel sekali gus menggalakkan negara-negara muslim untuk melakukan perkara yang sama, memberi kesan dan implikasi yang besar terhadap Israel.


"Nampaknya hanya Amerika Syarikat yang berdegil merupakan satu-satunya kuasa dunia yang menawarkan Israel sebarang bentuk bantuan untuk terus dengan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.


"Berapa lama lagi Israel dan Amerika Syarikat boleh menentang kehendak dunia bertamadun untuk terus dan terlibat dalam melakukan genosid yang paling banyak didokumentasikan dan direkodkan oleh media sepanjang masa ini," sinisnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page